DERMA
SEKARANG

Choose Language

HOME
DERMA
SEKARANG

Project Sukarelawan – Cendawan (Lombok)

MEMPERKASAKAN MASYARAKAT MELALUI PENANAMAN CENDAWAN DI LOMBOK

 

Islamic Relief berhasrat untuk membantu orang yang kurang bernasib baik dengan alatan yang dapat membantu mereka menyara diri mereka sendiri.

Program penanaman cendawan pada mulanya dibiayai oleh WAKAF/Islamic Relief Worldwide dan pada masa ini dilaksanakan di bawah Islamic Relief Indonesia. Sepanjang projek ini, para peserta telah dilatih untuk menanam, menuai, membenih dan menanam semula cendawan secara bebas, disamping mempelajari ilmu jualan dan teknik pemasaran.

MACEX 2.0 adalah sekumpulan sukarelawan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang akan membantu menjayakan projek ini. Matlamat mereka adalah untuk:

 

1. Untuk mengumpul dana bagi penubuhan rumah cendawan.

Pasaran yang besar dan permintaan tinggi menjanjikan penanaman cendawan sebagai potensi perniagaan yang menguntungkan. Melalui penanaman cendawan, penerima akan mempunyai pendapatan yang berterusan. Disamping itu, cendawan dapat dijadikan menjadi pelbagai produk lain. Oleh itu, IR bertujuan untuk meningkatkan dan mengukuhkan operasi rumah cendawan di sekitar kawasan Lombok.

 

2. Untuk mengajar usahawan muda (pelajar Pesantren) dengan ilmu Bahasa Inggeris.

Belia adalah peneraju masa depan. Memperkasa belia membolehkan membentuk masa depan yang lebih baik. Di kawasan luar bandar Indonesia termasuk Lombok, sektor pendidikan mengalami kekurangan sumber yang ketara dan seterusnya menjejaskan kualiti pembelajaran kanak-kanak. Dengan memberikan mereka pendidikan, termasuk Bahasa Inggeris ia akan bantu meningkatkan ilmu mereka dalam pengurusan perniagaan dan pemasaran.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Sis Bazilah Sulaiman
Pengurus
Pengurusan Program
Islamic Relief Malaysia
(+6019-2005251)

Bro Mohamad Syakir
Pegawai
Pengurusan Program
Islamic Relief Malaysia
(+6019-6367785)

Sis Basyirah
Project Manager
MACEX 2.0
(+6019-3930199)