DERMA
SEKARANG

Choose Language

HOME
DERMA
SEKARANG

Ukhwah4Ummah adalah salah satu rakan kerjasama IRM dalam pengumpulan dana bantuan untuk Misi Squad Global Celebrity Volunteer. Misi ini menggabungkan 12 ikon selebriti terkenal tanah air yang akan merentasi 4 negara dari 3 benua iaitu Filipina, Malawi, India dan Bosnia untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan.

 

4 Negara 4 Projek:

 

1. Tabang 4 Marawi (Philippines)

Sektor Bantuan: Kehidupan Mampan

Projek: Menyokong proses baik pulih kawasan yang terjejas di Marawi.

Objektif: Projek ini dijalankan untuk memperbaiki dan menaik taraf kualiti kehidupan penduduk sekitar menjadi lebih mampan dan membangun berdasarkan kajian ekologi, pasaran semasa dan kajian analisis terhadap komuniti yang terlibat dalam konflik peperangan yang berlaku di Marawi.

Bilangan penerima manfaat: 550 secara langsung dan 3250 secara tidak langsung

Anggaran kos projek: RM600,000

 

2. Water 4 Malawi (Malawi)

Sektor bantuan: Air, sanitasi dan kebersihan

Projek: Membekalkan air ke kawasan luar bandar Malawi

Objektif: Projek ini dijalankan untuk memperbaiki dan meningkatkan tahap kesihatan dan kebersihan komuniti yang terjejas akibat banjir di Malawi.

Bilangan Penerima Manfaat: 6000 penerima manfaat

Anggaran kos projek: RM600,000

 

 

3. School 4 Godda (India)

Sektor bantuan: Kehidupan Mampan

Projek: Pembangunan Sekolah in Jharkhand

Objektif: Projek ini dijalankan untuk membantu Kampung Sahora di Wilayah Godda, India. Kampung ini didiami kira-kira 500 isi rumah. Kebanyakan daripada mereka tergolong dalam komuniti terpinggir yang hanya bergantung harap dengan pusat pendidikan komuniti pelajar perempuan untuk mendapatkan pendidikan. Keadan sekolah yang ada juga sangat usang dan tidak selamat untuk disiami para pelajar. Selain itu, projek ini juga berfungsi untuk menyediakan kemudahan dan insfrastruktur yang selamat dan lebih baik kepada kanak-kanak dalam komuniti sasaran.

Bilangan penerima manfaat: 210 pelajar

Anggaran kos projek: RM600,000

 

 

4. Misija 4 Bosnia (Bosnia)

Sektor bantuan: Kehidupan Mampan & Kebersihan

Projek: Penanaman semula hutan di Sarajevo

Objektif: Projek ini dijalankan di Bosnia & Herzegovina kerana penduduk di Bosnia berdepan kesukaran mendapatkan sumber air bersih untuk diminum. Objektif projek ini untuk memastikan sistem bekalan air dapat berfungsi untuk tempoh panjang dan mampu menyumbang kepada perubahan iklim yang positif dan udara yang bersih. Selain itu, projek ini juga dilaksanakan bagi mencegah tanah runtuh daripada berlaku di kawasan berhampiran takungan air yang menjadi pusat penduduk Sarajevo mendapatkan sumber air bersih untuk diminum.

Bilangan penerima manfaat: 3,120 secara langsung dan 33,856 secara tidak langsung.

Anggaran kos projek: RM600,000