{"id":8458,"date":"2018-12-10T12:24:04","date_gmt":"2018-12-10T04:24:04","guid":{"rendered":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/meraih-rezeki-dengan-jagung\/"},"modified":"2018-12-10T12:26:57","modified_gmt":"2018-12-10T04:26:57","slug":"meraih-rezeki-dengan-jagung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/ms\/meraih-rezeki-dengan-jagung\/","title":{"rendered":"Meraih Rezeki dengan Jagung"},"content":{"rendered":"<p>[vc_row][vc_column][vc_column_text]Dari jurujual kaca mata, kini seorang penjual jagung. Begitu mudah konsepnya untuk berniaga tanpa mengira bentuk jualan atau produk yang disediakan. Apa yang diperlukan hanyalah keutuhan diri dan semangat berdaya saing dalam usaha membina empayar perniagaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Dery Suwanda Yondisman, 31, merupakan salah seorang usahawan jagung berjaya hasil bimbingan Islamic Relief Malaysia (IRM) menerusi program Dare to Grow, Road to Global (D2G). Sebelum menceburi dunia perniagaan, dia pernah bekerja sebagai jurujual kaca mata. Akibat kekurangan masa untuk keluarga dek kerja yang terlampau sibuk, dia mengambil keputusan untuk berhenti dan mula meniaga jagung.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cPada awalnya saya seorang jurujual kaca mata namun setelah beberapa lama saya berhenti kerana tiada masa untuk keluarga. Jadi saya teruskan dengan perniagaan jagung. Adik saya yang perkenalkan kepada perniagaan jagung dan saya bermula sebagai pembantunya dan saya terima sedikit upah sebagai gaji.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cKetika saya meniaga bersama adik, perniagaan boleh dikatakan masih lagi baru dan kami sama-sama kembangkan produk sedia ada. Asalnya daripada jagung rebus kemudian kami tambah pula dengan jagung cawan,\u201d katanya ketika ditemui.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Apabila ditanya mengenai pelibatannya bersama IRM, Dery menyatakan bahawa bantuan itu hadir untuk diberikan kepada ibu mertua namun disalurkan kepadanya atas faktor perniagaan yang dijalankan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cIRM mula datang mengetuk pintu saya sewaktu pegawai IRM mencari ibu mertua untuk menghulurkan bantuan. Namun ibu mertua saya cadangkan nama saya kerana menguruskan perniagaan jagung dan ketika itu IRM sedang mencari usahawan. Jadi bermulalah kisah saya dengan IRM,\u201d jawabnya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sebelum terlibat dalam program D2G, upah yang diterima agak sedikit dan Dery terpaksa mengasingkan keperluan dan komitmen jika ada kecemasan. Tambahan pula, Dery mempunyai seorang bayi kecil yang masih lagi menyusu dan memerlukan lampin pakai buang.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cDulu saya meniaga, upah saya sekitar RM70 hingga RM80 dalam sehari dan jagung yang dijual adalah sekitar 110 batang. Itulah gaji harian saya termasuk kiraan untung dan rugi. Saya juga ada seorang bayi kecil di rumah jadi keperluan barangan bayi wajib diasingkan. Selain tanggungan bayi, saya juga pernah menanggung adik saya untuk menampung perbelanjaan sekolahnya. Ketika itu umurnya sekitar 12 tahun.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cSebelum bantuan IRM tiba, kewangan saya tidak teratur. Saya bekerja seperti biasa namun aliran duit keluar-masuk tidak dicatat sebab saya boleh dikatakan baru dalam dunia perniagaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Kebiasaannya, Dery akan mula bekerja pada jam 2 petang sehingga 10 malam iaitu selama lapan jam. Namun sekiranya stok jagung habis, Dery akan pulang ke rumah lebih awal. Sebelum ada motor sendiri, Dery meniaga di Solaris Dutamas dan kemudian dipindahkan ke Stesyen bas Titiwangsa, Jalan Pangkor.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Disoal mengenai respon pelanggan terhadap jualannya, Dery menyatakan bahawa cabaran perniagaan jagung adalah persaingan yang tinggi memandangkan ia dilihat popular dalam kalangan peniaga. Namun menurutnya, dia adalah antara golongan muda yang mengurus perniagaan selain daripada peniaga-peniaga lama.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Setelah penilaian dilakukan, IRM menyumbangkan sebuah motosikal beroda tiga kepada Dery dalam memudahkan perniagaannya. Bukan itu sahaja, menerusi program D2G, ia membawa banyak perubahan terhadap kehidupannya kerana banyak ilmu perniagaan yang dipelajari. Hasilnya, Dery kini mampu menyewakan motor yang diberi oleh pihak IRM untuk dibawa meniaga.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cMotor saya diberikan kepada prot\u00e9g\u00e9 saya untuk berniaga. Saya beri peluang kepada orang lain untuk menjalankan perniagaan dengan syarat dia membawa jenama saya dan gaji seharian adalah milik dia. Saya hanya minta dia membawa jenama saya dan bayar royalti kepada saya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, saya juga mempunyai dua orang prot\u00e9g\u00e9 di bawah saya. Contohnya jika mereka ada bersama saya sewaktu berniaga, saya akan tambah stok jagung. Tambah stok di sini bermaksud pendapatan akan bertambah jadi ia boleh menampung upah kepada prot\u00e9g\u00e9 saya,\u201d jelasnya secara terperinci.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Dengan adanya garis panduan yang disediakan oleh IRM, Dery percaya dia kini lebih cakna dengan dunia perniagaan dan melihat ia sebagai satu perspektif yang besar. Jika dahulu, Dery hanya mempunyai dua jenis produk iaitu jagung rebus dan jagung cawan. Selepas mengikuti program D2G, Dery berjaya menghasilkan jagung sejuk beku.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cProduk baru saya sudah sedia dimakan dan tidak memerlukan proses yang panjang untuk dimasak. Jika ingin makan semasa panas, ia boleh direndamkan dalam air panas sekitar dua hingga minit, dan seandainya ada mesin pemanas di rumah, boleh diletakkan selama seminit.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cPlastik yang digunakan sebagai balutan pula bebas daripada bahan kimia, jadi apabila dipanaskan, tiada bahan kimia akan melekat pada jagung tersebut,\u201d tambah Dery mengenai produknya sendiri.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Dery juga berasa positif dengan perkembangan produknya dan berhasrat untuk meluaskan lagi empayarnya menerusi perniagaan yang diuruskan, iaitu Nur Falah Sweet Corn. Dalam pelan masa hadapan, Dery bercadang untuk mempelbagaikan lagi produk jagung itu sendiri kerana padanya, jagung mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Dalam perniagaan, Dery akan sentiasa membawa nama IRM sebagai satu penghargaan kerana IRM sendiri telah membantu meningkatkan taraf kehidupannya. Dia mahu masyarakat luar tahu bahawa IRM telah membimbing dirinya ke lembah kejayaan dan sentiasa bersedia untuk maju ke hadapan.[\/vc_column_text][vc_media_grid grid_id=&#8221;vc_gid:1544415768913-4d259b4b-fa16-2&#8243; include=&#8221;8445,8448,8451,8454&#8243;][\/vc_column][\/vc_row]<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>[vc_row][vc_column][vc_column_text]Dari jurujual kaca mata, kini seorang penjual jagung. Begitu mudah konsepnya untuk berniaga tanpa mengira bentuk jualan atau produk yang disediakan. Apa yang diperlukan hanyalah keutuhan diri dan semangat berdaya saing dalam usaha membina empayar perniagaan untuk meneruskan kelangsungan hidup. &nbsp; Dery Suwanda Yondisman, 31, merupakan salah seorang usahawan jagung berjaya hasil bimbingan Islamic Relief [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8444,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[14],"tags":[],"class_list":["post-8458","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-malaysia","entry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8458"}],"collection":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8458"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8458\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8459,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8458\/revisions\/8459"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8444"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8458"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8458"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8458"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}