{"id":34547,"date":"2024-02-14T16:34:58","date_gmt":"2024-02-14T08:34:58","guid":{"rendered":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/?p=34547"},"modified":"2024-02-14T17:58:37","modified_gmt":"2024-02-14T09:58:37","slug":"misi-kemanusiaan-ini-mengubah-persepsi-dan-pandangan-kami","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/ms\/misi-kemanusiaan-ini-mengubah-persepsi-dan-pandangan-kami\/","title":{"rendered":"Misi Kemanusiaan Ini Mengubah Persepsi dan Pandangan Kami. Ya Allah, Sedih\u2026"},"content":{"rendered":"<p>[vc_row full_width=&#8221;stretch_row&#8221; content_placement=&#8221;middle&#8221;][vc_column][vc_column_text]<span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\"><strong>Misi Kemanusiaan Ini Mengubah Persepsi dan Pandangan Kami. Ya Allah, Sedih\u2026<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">Selebriti dan Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia, Diana Amir dan kumpulan nasyid Saujana menyifatkan perjalanan misi kemanusiaan ke Lombok, Indonesia pada November lalu terlalu sarat dengan emosi.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">Menurut Diana, misi yang diberi nama \u201cCaring World\u201d Mission #Indonesia itu telah membawa dia dan pasukan misi meneroka sisi lain Lombok yang mungkin tidak dipaparkan umum.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u201cSebelum ini, saya pernah bercuti di Lombok bersama keluarga. Jadi, seperti pelancong lain, saya hanya dapat melihat Lombok sebagai satu destinasi pelancongan yang unik dengan keindahan pulau, gunung dan alam semula jadinya yang cantik.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u201cNamun, selepas menjalani tujuh hari pengembaraan misi, pandangan saya sudah berbeza. Saya mahu kembali ke Malaysia sebagai suara dan penyampai kepada masyarakat seluruhnya, yang sebenarnya di luar sana ada ramai yang sangat memerlukan bantuan,\u201d kata Diana.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">Objektif misi yang disertai Diana, Saujana dan empat kakitangan Islamic Relief Malaysia itu bertujuan untuk melihat dan melawat projek-projek bantuan yang dijalankan Islamic Relief, khususnya melibatkan anak yatim dan projek penjanaan pendapatan di bawah sektor kehidupan mampan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\"><strong>Walaupun diuji dengan derita yang berat, Masha-Allah mereka sangat kuat\u2026<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">Bagi Ahmad Zuhaidi Abdul Aziz, salah seorang ahli kumpulan Saujana yang turut serta dalam misi itu berkata, landskap kemiskinan memang boleh dilihat di mana-mana, hatta di Malaysia, namun cabaran yang dilalui anak yatim yang kami temui di Lombok berbeza dan saya rasa ujian mereka sangat berat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u201cAntara cabaran paling susah yang dihadapi ibu tunggal atau penjaga kepada anak yatim yang kami temui ialah kesukaran untuk mendapatkan sumber pendapatan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u201cMereka masih di tahap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah, ada juga pekerjaan yang diusahakan mengambil masa dua hingga tiga hari untuk disiapkan dan selepas itu baru boleh dijual, itu pun sekiranya ada yang mahu membeli.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u201cDisebabkan itu, Islamic Relief menekankan bantuan terhadap anak yatim melibatkan sokongan pendidikan. Hanya dengan pendidikan, mereka dapat mengubah nasib diri dan keluarga, seterusnya keluar dari putaran kemiskinan yang menyelubungi mereka,\u201d kata Zuhaidi.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">Suffian Amrin dari kumpulan Saujana turut menambah, pendidikan adalah pelaburan terbaik. Setiap manusia mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan sewajarnya.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u201cSaya rasa sangat terkesan dan sedih melihat ada anak yatim yang kami temui berdepan trauma kerana terpaksa berhenti sekolah, sedangkan dia sangat suka belajar dan mempunyai prestasi pembelajaran yang baik,\u201d cerita Suffian.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\"><strong>Diana hiba melihat kepayahan hidup ibu tunggal yang seusia dengannya<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u201cApa yang membuatkan saya rasa sangat terkesan, kebanyakan daripada mereka sebaya umur dengan saya, tapi sedih bila tengok mereka hidup dalam keadaan yang sangat daif.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u201cMereka hidup dalam serba kekurangan dan serba tiada. Makan pun tak menentu setiap hari. Tapi, Masha-Allah mereka sentiasa mengucapkan Alhamdulillah. Ucapan Alhamdulillah tak pernah lekang daripada bibir mereka,\u201d jelas Diana.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">Tambahnya, ada yang kehilangan suami ketika suami bekerja di perantauan. Bertahun-tahun tidak bertemu, akhirnya hanya sekujur tubuh tidak bernyawa yang tiba di depan pintu rumah.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u201cSarimah mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Siti Humainah. Humainah lahir normal, namun kemiskinan mengakibatkan dia kini cacat penglihatan, tidak boleh bercakap dan tidak boleh menguruskan diri sendiri.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u201cSewaktu kecil, Humainah diserang demam panas dan sawan, namun Sarimah tidak dapat membawa anaknya ke hospital kerana tiada wang dan pengangkutan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u201cSuara Sarimah berbunyi kecewa dan ada penyesalan dalam nada suaranya. Mungkin dia rasa jika dia ada kemampuan untuk merawat Humainah dahulu, Humainah pasti dapat membesar dengan baik,\u201d kata Diana.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">Diana dan Saujana menyeru orang ramai untuk sama-sama menyokong projek MyYateem #CareForOrphan yang dianjurkan Islamic Relief Malaysia bagi membantu anak yatim di lebih 20 buah negara termasuk Indonesia, Syria, Yaman dan Palestin.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">Terdapat dua pakej yang ditawarkan menerusi projek MyYateem iaitu Kasih MyYateem dan Tajaan MyYateem.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web <a href=\"http:\/\/www.islamic-relief.org.my\">www.islamic-relief.org.my<\/a> untuk menderma dan berkongsi rezeki bersama anak-anak yatim.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">Diana dan Saujana berharap semoga inisiatif menerusi hebahan projek ini dapat meringankan penderitaan anak yatim, selari dengan galakan dalam Islam dan yang dianjurkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\">\u0643\u064e\u0627\u0641\u0650\u0644\u064f \u0627\u0644\u0652\u064a\u064e\u062a\u0650\u064a\u0645\u0650 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0644\u0650\u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650\u0647\u0650 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0648\u064e\u0647\u064f\u0648\u064e \u0643\u064e\u0647\u064e\u0627\u062a\u064e\u064a\u0652\u0646\u0650 \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0646\u0651\u064e\u0629\u0650<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><span style=\"font-family: 'trebuchet ms', geneva, sans-serif; font-size: 18pt;\"><em>Maksud: \u201cOrang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga\u201d.<\/em>\u00a0<strong><em>[Riwayat Muslim, (2983)]<\/em><\/strong><\/span><\/p>\n<p>[\/vc_column_text][\/vc_column][\/vc_row][vc_row][vc_column][vc_media_grid grid_id=&#8221;vc_gid:1707904699312-143815e3-48ba-10&#8243; include=&#8221;34572,34574,34576&#8243;][\/vc_column][\/vc_row]<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>[vc_row full_width=&#8221;stretch_row&#8221; content_placement=&#8221;middle&#8221;][vc_column][vc_column_text]Misi Kemanusiaan Ini Mengubah Persepsi dan Pandangan Kami. Ya Allah, Sedih\u2026 Selebriti dan Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia, Diana Amir dan kumpulan nasyid Saujana menyifatkan perjalanan misi kemanusiaan ke Lombok, Indonesia pada November lalu terlalu sarat dengan emosi. Menurut Diana, misi yang diberi nama \u201cCaring World\u201d Mission #Indonesia itu telah membawa dia dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":34570,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[97,1,63,15],"tags":[],"class_list":["post-34547","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel","category-general-info","category-international","category-worldwide","entry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34547"}],"collection":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34547"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34547\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34581,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34547\/revisions\/34581"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34570"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34547"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34547"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34547"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}