{"id":3134,"date":"2016-08-15T01:18:29","date_gmt":"2016-08-14T17:18:29","guid":{"rendered":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/ramai-yang-sukar-percaya-kami-ingin-membantu-mereka\/"},"modified":"2017-05-17T15:20:41","modified_gmt":"2017-05-17T07:20:41","slug":"ramai-yang-sukar-percaya-kami-ingin-membantu-mereka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/ms\/ramai-yang-sukar-percaya-kami-ingin-membantu-mereka\/","title":{"rendered":"\u201cRamai yang sukar percaya kami ingin membantu mereka\u201d"},"content":{"rendered":"<p><em><strong><span style=\"color: #000000;\">Bersempena Hari Kemanusiaan Sedunia, sekalung penghormatan daripada kami kepada wira-wira kemanusiaan kami di lapangan.<\/span><\/strong><\/em><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">Zina Shataeva merupakan salah seorang petugas sosial kami di dalam program tajaan satu-ke-satu yang sedang bertugas di Persekutuan Russia. Beliau telah berkhidmat selama lebih sedekad bersama Islamic Relief.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\u201cSaya telah berkhidmat sebagai petugas sosial untuk Islamic Relief sepanjang 11 tahun yang lalu. Pada awalnya, kerja kami melalui fasa-fasa yang sukar, dan terdapat pelbagai punca perkara ini berlaku.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\u201cPada mulanya, kami mengenal pasti anak yatim dan cuba membangunkan sebuah pangkalan data anak yatim. Kami mengumpulkan data daripada sekolah dan kemudiannya melaksanakan pengesahan alamat.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\u201cKami tidak mempunyai sebarang pengangkutan yang disediakan khusus untuk tugasan kami, jadi kami terpaksa menggunakan pengangkutan awam. Ini sesuatu yang sukar, terutamanya jika kami ingin berkunjung ke kawasan pedalaman.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\u201cKami juga mendapati yang ramai orang enggan mempercayai kami dan tidak mahu memberikan maklumat berkenaan anak mereka. Mereka tidak benarkan kami mengambil gambar mereka, dan ramai yang bertanya \u2018Mengapa kamu mahu gambar kami?\u2019 dan \u2018Apa yang kamu nak buat dengannya?\u2019<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\u201cRamai yang sukar percaya kami ingin membantu mereka. Kami perlu mempunyai kesabaran yang tinggi dan kekal tenang sepanjang masa untuk memenangi kepercayaan mereka.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\u201cWaktu itu amat berbahaya, terdapat letupan setiap hari dan serangan pengganas di bandar adalah kejadian biasa. Saya telah menyaksikan banyak letupan di jalanan semasa saya bertugas, ramai orang akan berlari menyelamatkan diri dari kenderaan mereka sehinggalah keadaan selamat semula untuk bergerak.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\u201cAllah telah menyelamatkan saya, mungkin kerana saya sedang membuat kerja-kerja kebajikan. Ramai anak yatim yang kehilangan ibu bapa mereka sewaktu serangan pengganas ini. Situasi itu benar-benar menggerunkan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\u201cKini, tugas kami tidaklah sesukar atau menggerunkan seperti dahulu. Kini kami bertugas dalam keadaan yang lebih elok &#8211; tetapi faktor psikologinya masih kekal, setiap keluarga mempunyai kisah, masalah dan kesukaran yang tersendiri.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\u201cRamai antara mereka yang kehilangan tempat bergantung. Mereka berasa sunyi dan saya amat terkesan dengan perkara ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000;\">\u201cSaya benar-benar berkongsi rasa yang sama apabila saya melihat ada keluarga menunggu tajaan dan kami berharap setiap dari kanak-kanak yang tersenarai dalam data kami akan mendapat bantuan. Saya berasa amat gembira apabila melihat kanak-kanak lain tersenyum.\u201d<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersempena Hari Kemanusiaan Sedunia, sekalung penghormatan daripada kami kepada wira-wira kemanusiaan kami di lapangan. Zina Shataeva merupakan salah seorang petugas sosial kami di dalam program tajaan satu-ke-satu yang sedang bertugas di Persekutuan Russia. Beliau telah berkhidmat selama lebih sedekad bersama Islamic Relief. \u201cSaya telah berkhidmat sebagai petugas sosial untuk Islamic Relief sepanjang 11 tahun yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2554,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-3134","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-worldwide","entry"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3134"}],"collection":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3134"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3134\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3135,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3134\/revisions\/3135"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2554"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3134"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3134"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/islamic-relief.org.my\/sandbox_www\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3134"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}