DONATE NOW

Choose Language

HOME
DONATE NOW

PEMBINAAN SEMULA KEHIDUPAN DI PALESTIN

 

Kira-kira 80 peratus populasi rakyat Palestin kini bergantung hidup atas ihsan bantuan kemanusiaan. Serangan demi serangan yang berlaku membuatkan Palestin semakin lumpuh. Ribuan penduduk yang tidak berdosa telah terkorban akibat menderita masalah kekurangan makanan dan kemiskinan yang menghimpit sejak serangan di negara itu tercetus.

 

Ratusan ribu penduduk yang terselamat pula terpaksa berlindung di pusat penempatan sementara atau tinggal bersama sahabat handai dan ahli keluarga.

 

Krisis kemanusiaan di Palestin tidak hanya merekodkan kemalangan jiwa, malah ia turut meranapkan infrastruktur dan kemudahan lain yang menjadi aspek penting pembangunan sesebuah negara seperti sistem janakuasa, loji rawatan air, hospital, sekolah dan kediaman penduduk setempat.

 

Dalam tempoh krisis kemanusiaan yang berlanjutan tanpa noktah ini, Islamic Relief telah menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin hampir 20 tahun, meski keselamatan petugas berada di tahap bahaya. Pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan merangkumi bantuan barangan keperluan dan sokongan psikologi.

 

Terbaru, belasan penduduk Palestin dilaporkan maut manakala puluhan lagi tercedera akibat serangan yang dilakukan di Selatan Gaza.

 

Justeru, mari sama-sama membantu dan menderma untuk rakyat Palestin kerana mereka benar-benar memerlukan sokongan padu masyarakat seluruh dunia untuk membina kembali kehidupan mereka yang telah musnah.