DERMA
SEKARANG

Choose Language

HOME
DERMA
SEKARANG

Program Tempatan – Projek Pembangunan Komuniti

1. Banjir yang berlaku di Malaysia pada akhir bulan Disember 2014 telah membawa kepada banyak kerugian. IR Malaysia telah dipilih untuk membina semula kampung terpilih dengan menjadikannya ia tempat yang lebih selesa. Projek ini dipanggil, Projek Pembangunan Komuniti.

 

2. Sektor seperti tempat perlindungan, kehidupan lestari, pendidikan, dan persiapan menghadapi bencana dan pengetahuan serta kesedaran dalam Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana adalah lima komponen asas dalam Projek Desa Lestari ini. Konsep projek ini adalah untuk membina semula kampung yang terlibat dengan banjir untuk menjadi mampan sepenuhnya, secara tersendiri. Pendekatan Projek Pembangunan Komuniti adalah dengan memberi sokongan kepada keluarga terlibat melalui bantuan organisasi.

 

3. Hasilnya, komuniti yang wujud selepas bencana alam ini dapat membina hubungan dan menjalani aktiviti kehidupan seharian semula disamping memastikan kemampanan jangka masa panjang sesuatu komuniti tersebut.

 

4. IR Malaysia bersama beberapa sukarelawan telah menjalankan kaji selidik baru-baru ini di beberapa kampung yang terjejas akibat banjir di kawasan Gua Musang, dan sebanyak 15 kediaman yang berbeza telah dipilih untuk dibina semula di bawah projek “Pembangunan Komuniti“. IRM juga telah bekerjasama dengan Majlis Daerah Gua Musang dan Pejabat Tanah Gua Musang untuk memperoleh sebarang maklumat yang berkaitan disamping mendapatkan nasihat untuk projek ini.

 

5. Terdapat 15 kediaman yang berbeza dan ia terletak di Kg.Lulut, Kg.Melar, Kg.Pasir Bujang, Kg.Baru Ladang Serasa, Kg.Letang, Kg.Limau Kasturi, dan di bandar Gua Musang. Projek ini dikendalikan oleh Bahagian Program Bantuan IRM dan akan berlangsung untuk tempoh setahun sehingga mangsa dapat kembali berdikari tanpa memerlukan sebarang bantuan.

 

6. Projek Pembangunan Komuniti akan memberi impak yang besar kepada kehidupan mereka. Selepas bencana, bebanan tekanan dirasai oleh setiap umur dalam pelbagai perspektif seperti sedih, kecewa, dan lain-lain. Sokongan psiko-sosial daripada IRM dalam Projek Pembangunan Komuniti akan memberikan harapan kepada mereka, di mana mereka mampu untuk meneruskan semula kehidupan selepas ditimpa nasib malang tersebut.

 

7. Terdapat 4 objektif utama iaitu:

-Untuk membina semula dan menyediakan rumah yang selesa untuk keluarga yang terjejas (Bantuan Tempat Tinggal)

-Untuk menghubungkan keluarga kepada perkhidmatan lain seperti kesihatan dan pendidikan – Latihan vokasional (Bantuan Pendidikan)

-Untuk mewujudkan masyarakat yang mampan dan boleh berdikari sendiri melalui kemudahan sosial dan peluang kerja. (Kehidupan Lestari)

-Untuk membina semula komuniti terlibat disamping mengajarkan tentang pengetahuan Pengurusan Risiko Bencana. (Persediaan & Kesedaran Bencana)

 

8. Tempoh keseluruhan projek itu akan mengambil masa selama 12 bulan. Operasi itu diketuai oleh Islamic Relief Malaysia dengan kerjasama kontraktor terpilih, yang juga dipantau oleh kakitangan IRM khusus untuk projek ini, bersama kerjasama daripada kerajaan Negeri.

 

9. Banjir buruk yang melanda beberapa negeri di Malaysia lepas 2014, telah membawa kemusnahan yang besar, khususnya kepada kediaman di kampung-kampung dan bandar-bandar, hartanah, pertanian, dan juga kerosakan infrastruktur lainnya.

 

10. Islamic Relief Malaysia (IRM) telah terlibat secara langsung dalam memberi sokongan dan menyediakan bantuan kepada mangsa banjir dengan pergi ke kawasan yang terjejas tersebut untuk menilai sendiri kemusnahan yang disebabkan banjir. Sehubungan itu, Islamic Relief telah wujudkan projek baru yang dikenali sebagai Pembangunan Komuniti.