Musim sejuk di Gaza membawa cabaran besar kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berpanjangan. Dengan hujan lebat dan suhu yang semakin menurun sehingga belasan darjah celcius ketika ini, ribuan keluarga yang berlindung di khemah serta tempat perlindungan sementara terpaksa berdepan keadaan yang semakin sukar.

Tanpa tempat perlindungan yang sempurna, selimut tebal dan pakaian musim sejuk yang mencukupi, kehidupan harian mereka menjadi semakin mencabar. Keadaan ini lebih membimbangkan bagi kanak-kanak, warga emas, individu yang mempunyai masalah kesihatan dan anak-anak yatim yang lebih terdedah kepada risiko cuaca sejuk.

Dalam situasi ini, bantuan musim sejuk amat diperlukan bagi membantu keluarga pelarian melindungi diri dan mendapatkan keperluan asas sepanjang musim sejuk.

Mengapa musim sejuk di Gaza membimbangkan?

Bagi ribuan keluarga yang kehilangan tempat tinggal, ia adalah permulaan kepada fasa derita yang lebih getir dan berisiko apabila terpaksa berteduh di dalam khemah atau tempat perlindungan sementara.

Hujan lebat boleh mengakibatkan khemah bocor dan rosak, kawasan tempat perlindungan ditenggelami air dan barangan keperluan menjadi basah. Tanpa kemudahan yang mencukupi, keluarga terpaksa menghadapi malam yang sejuk dalam keadaan serba kekurangan.

Kanak-kanak dan warga emas antara golongan yang paling berisiko mengalami masalah kesihatan akibat pendedahan kepada cuaca sejuk. Kekurangan pakaian tebal, selimut dan tempat tidur yang sesuai turut menjejaskan keselesaan serta keselamatan mereka.

Keadaan ekonomi yang semakin terjejas menyebabkan ramai keluarga di Gaza tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan barangan keperluan musim sejuk lebih-lebih lagi apabila harga sesetengah barangan meningkat, walaupun barangan tersebut masih tersedia di pasaran tempatan.

Apakah bantuan musim sejuk yang diperlukan penduduk Gaza?

Keperluan setiap keluarga berbeza mengikut keadaan tempat perlindungan dan jumlah ahli keluarga. Antara barangan penting untuk menghadapi musim sejuk termasuk:

  • Selimut dan kelengkapan tidur: Membantu mengekalkan kehangatan badan, khususnya pada waktu malam.
  • Tilam dan alas tidur: Memberikan tempat tidur yang lebih selesa serta melindungi keluarga daripada permukaan tanah yang sejuk dan lembap.
  • Pakaian musim sejuk: Membantu melindungi kanak-kanak dan ahli keluarga lain daripada suhu rendah.
  • Khemah dan bahan perlindungan: Tarpaulin, plastik pelindung dan tali membantu mengurangkan pendedahan kepada hujan dan angin.
  • Keperluan pemanas: Bahan api dan dapur pemanas, tertakluk kepada ketersediaan serta keadaan penggunaan yang selamat.

Bagaimana Islamic Relief membantu menghadapi musim sejuk di Gaza?

Bagi membantu keluarga yang terjejas, Islamic Relief melaksanakan Winterization Programme 2026–2027, sebuah program bantuan musim sejuk untuk individu dan keluarga rentan di Palestin, khususnya Gaza.

Melalui program ini, Islamic Relief Malaysia komited menyediakan 80 unit bantuan musim sejuk kepada keluarga yang memerlukan. Program ini dijadualkan berlangsung dari 1 Oktober 2026 hingga 31 Mac 2027.

Bantuan akan disalurkan melalui sumbangan tunai kepada keluarga pelarian yang layak dan menetap di tempat perlindungan terpilih di Gaza.

Pendekatan ini membolehkan keluarga menentukan sendiri keperluan musim sejuk yang paling mendesak, termasuk membeli selimut, tilam, pakaian tebal, khemah dan bahan perlindungan.

Bagaimana bantuan tunai disalurkan?

Bantuan tunai akan dipindahkan secara elektronik melalui sistem dompet digital (digital wallet) yang dihubungkan dengan nombor telefon penerima.

Selepas proses pengesahan selesai, wang bantuan akan dikreditkan terus ke dalam dompet digital penerima. Keluarga boleh menggunakan dana tersebut untuk membuat Pembayaran di kedai tempatan, membeli barangan keperluan atau mengeluarkan wang melalui ejen pembayaran yang dibenarkan, tertakluk kepada kemudahan di kawasan masing-masing.

Kaedah ini memberikan kebebasan kepada keluarga untuk memilih barangan yang paling sesuai dengan keadaan mereka, berbanding menerima pakej bantuan yang sama tanpa mengambil kira keperluan setiap isi rumah.

Penerima juga tidak semestinya memerlukan telefon pintar terkini untuk mengakses bantuan. Rakan pelaksana akan menilai keupayaan setiap keluarga menggunakan sistem pembayaran tersebut dan menyediakan sokongan melalui ejen pembayaran atau pembekal tempatan jika diperlukan.

Siapakah yang layak menerima bantuan?

Islamic Relief Palestine bekerjasama dengan Site Management and Shelter Clusters bagi mengenal pasti kawasan perlindungan dan komuniti yang paling terjejas akibat keadaan musim sejuk.

Pemilihan penerima dibuat berdasarkan tahap kesuahan, keadaan tempat perlindungan dan pendedahan kepada risiko cuaca sejuk. Keutamaan turut diberikan kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak, wanita, warga emas, individu dengan masalah kesihatan dan anak-anak yatim.

Pendekatan ini bertujuan memastikan bantuan disalurkan secara telus dan sampai kepada mereka yang paling memerlukan.

Bantuan anda membawa kehangatan kepada keluarga di Gaza

Bagi keluarga yang kehilangan tempat tinggal, musim sejuk boleh menjadi satu lagi ujian untuk meneruskan kehidupan. Khemah yang tidak sempurna, kekurangan kelengkapan tidur dan kesukaran mendapatkan barangan keperluan menjadikan keadaan mereka semakin mencabar.

Namun, bantuan yang diberikan mampu membawa sedikit kelegaan kepada keluarga yang sedang berjuang untuk bertahan.

Melalui Rayuan Palestin Islamic Relief Malaysia, anda berpeluang membantu penduduk Gaza mendapatkan keperluan asas, termasuk sokongan menghadapi musim sejuk.

Sehelai selimut mungkin nampak biasa pada mata kita. Namun bagi anak-anak di Gaza yang tidur bertemankan angin malam di dalam khemah, selimut itulah satu-satunya pelindung yang memberi mereka kehangatan dan rasa selamat.

Jangan biarkan keluarga di Gaza menghadapi musim sejuk ini sendirian. Hulurkan sumbangan melalui Rayuan Palestin Islamic Relief Malaysia hari ini.

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG