Pembangunan Semula Palestin

Sejak tahun 1948 lagi, penduduk Palestin  telah menderita akibat peperangan yang tidak berkesudahan. Sehingga hari ini, ada sahaja berita kematian rakyat Palestin yang kedengaran. Kanak-kanak antara golongan yang paling terkesan dengan konflik ini.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kecemasan

PEMBANGUNAN SEMULA PALESTIN

RM10

RM50

RM100

RM200

JUMLAH LAIN

“Setiap hari dalam tempoh lebih 70 tahun ini, penduduk Palestin terpaksa hidup menderita dengan peperangan, penindasan serta dinafikan hak mereka untuk keluar bekerja, ke sekolah dan berjumpa saudara-mara. Hidup mereka ibarat penjara, terkepung di dalam negara sendiri tanpa akses bekalan makanan, air, elektrik, ubat-ubatan dan pelbagai keperluan asas lain.

“Di Gaza, keadaan lebih teruk. Penduduk di sana hampir terputus hubungan sama sekali dengan dunia luar. Dahulu, pemandangan di Gaza sangat indah. Sektor perindustriannya berkembang pesat dengan penghasilan serta eksport produk tekstil, perabot dan jubin. Tumbuh-tumbuhan pula tumbuh menghijau dan banyak tapak pembinaan yang sedang dibangunkan. Para pelancong juga ramai berkunjung bagi menikmati keindahan pantai-pantainya yang cantik. Sayang, semua itu telah hilang. Kasihan generasi Palestin sekarang tidak dapat melihat dan menikmati segala keindahan dan keamanan pada waktu itu.”

Muneeb Abu-Ghazaleh, Pengarah Negara Islamic Relief Palestine

Konflik berpanjangan di Palestin sejak 1948 telah meragut banyak nyawa. Sehingga hari ini, berita kematian penduduk Palestin masih terus kedengaran bahkan sudah tidak terhitung jumlahnya.

Menurut Program Makanan Sedunia (WFP), 1.79 juta rakyat Palestin menderita kekurangan makanan dan kebanyakan daripada mereka tinggal di Gaza.

Antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan akses makanan di Gaza ialah, kadar penggangguran yang tinggi melibatkan lebih daripada 60 peratus golongan wanita dan 70 peratus generasi muda berumur bawah 30 tahun.

Keadaan ini menjadikan 53 peratus daripada penduduknya hidup di bawah garis kemiskinan serta mengakibatkan 80 peratus penduduk Gaza terpaksa bergantung harap dengan bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan.

Warga tua, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim antara golongan yang paling teruk terjejas. Di Gaza sahaja, terdapat lebih 20,000 anak yatim yang setiap hari berharap adanya insan prihatin hadir membantu.

Jika dunia masih lagi membisu atas penindasan yang mereka alami, siapa lagi yang boleh mereka harapkan apabila segala kemudahan dan infrastruktur yang ada dikawal kuasa asing termasuk pelaksanaan sekatan air, darat dan udara yang membelenggu mereka sejak sekian lama.

Bantuan Islamic Relief

Islamic Relief mula beroperasi dan menyalurkan bantuan kemanusiaan di Palestin sejak tahun 1997.  Secara keseluruhan, Islamic Relief sudah membantu ratusan ribu penduduk di Palestin melibatkan bantuan makanan, akses air bersih, perlindungan, tajaan anak yatim, program pembangunan komuniti, kehidupan mampan, pendidikan, perubatan, psikososial serta banyak lagi.

Pada tahun 2020, Islamic Relief telah membantu kira-kira 400,000 orang di Gaza manakala bagi tahun 2021 pula, seramai 127,300 penduduk Gaza telah mendapat manfaat merangkumi pelbagai sektor bantuan seperti:

  • Kesihatan
  • Kebajikan Anak Yatim
  • Pendidikan & Perlindungan
  • Program Pengupayaan Belia
  • Kehidupan Mampan
  • Jaringan Keselamatan Sosial
  • Pengurusan Bencana
  • Program Bermusim

Tahun ini, Islamic Relief Malaysia ingin mengajak anda semua untuk menyokong kempen Pembangunan Semula Palestin yang akan dijalankan sepanjang tahun dengan sasaran pengumpulan dana sebanyak RM1 juta bagi meneruskan lagi kesinambungan bantuan kepada penduduk di Gaza dan Palestin secara keseluruhan.

“Sejak suami saya meninggal dunia tiga tahun lalu, saya terpaksa membesarkan lima orang anak kami tanpa sebarang sumber pendapatan. Keadaan ekonomi di Gaza teruk, tiada siapa yang dapat membantu kami kerana semua penduduk menghadapi kesusahan yang sama untuk meneruskan kehidupan. Saya rasa sangat tertekan.

“Sejak anak-anak saya menerima bantuan tajaan anak yatim daripada Islamic Relief, hidup kami menjadi lebih baik. Tak terungkap betapa gembiranya anak-anak saya setiap kali menerima bantuan wang tunai daripada Islamic Relief. Dengan bantuan ini saya dapat membeli makanan, pakaian dan alatan sekolah juga membayar pengangkutan untuk persekolahan anak-anak saya. Alhamdulillah, berkat sumbangan kalian, anak-anak saya menjadi pelajar cemerlang di sekolah.”

Um Fathi, Penerima Manfaat Islamic Relief di Gaza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email