Krisis di Syria telah memasuki tahun ke-9. Dan selama itulah rakyatnya menderita kelaparan, ketakutan dan kehilangan. Namun, sejauh mana keadaan di sana menunjukkan tanda-tanda akan pulih?
Angka korban gempa bumi di Morocco sudah melebihi 2,800 orang, manakala lebih 2,500 orang lagi dilaporkan cedera. Kebanyakan daripada mereka dalam keadaan kritikal.
Jumlah penduduk terkorban dan cedera dijangka akan terus meningkat, kerana kerja-kerja mencari dan menyelamatkan penduduk di bawah timbunan runtuhan rumah dan bangunan sedang giat dijalankan.
Kejadian ini berlaku susulan gempa bumi yang melanda Morocco pada hari Jumaat sekitar jam 11.11 malam waktu tempatan.
Pusat gempa terletak kira-kira 71 kilometer barat daya Marrakesh dengan kedalaman 18.5 kilometer.
Gempa bumi ini telah menjejaskan penduduk di kawasan al-Haouz, Marrakesh, Ouarzazate, Azilal, Chichaoua dan Taroudant.
Insiden ini turut merosakkan rumah dan bangunan di bandar-bandar utama, termasuk salah satu tinggalan sejarah penting Morocco iaitu Masjid Tinmel dan tembok merah terkenal yang mengelilingi bandar lama dan tersenarai antara Warisan Dunia UNESCO.
Islamic Relief secara global telah melancarkan kempen rayuan kecemasan dengan sasaran sebanyak 10 juta pound (lebih RM58 juta), dan setakat ini, sebanyak 250 ribu pound (lebih RM1.4 juta) telah disalurkan untuk memberi respon segera meliputi bantuan makanan, tempat perlindungan dan barangan bukan makanan kepada penduduk terjejas.
Di peringkat Islamic Relief Malaysia pula, tabung kecemasan ‘Morocco Earthquake’ telah dilancarkan dengan sasaran awal dana sebanyak RM200,000.
Kakitangan Islamic Relief sudah berada di lapangan sejak hari kedua kejadian melanda untuk menjalankan penilaian keperluan semasa dengan kerjasama pihak autoriti Morocco dan kini giat mengedarkan bantuan tilam dan selimut di Tadcherte, Amizmiz.
“Saya lihat ramai orang terpaksa tidur di jalanan pada malam kedua bencana melanda, dengan hanya beralaskan bantal dan selimut. Mereka sangat takut untuk berada di dalam rumah atau bangunan yang masih ada berikutan terdapat susulan gempa berlaku.
“Mereka juga kelihatan sangat penat, takut dan trauma.”
Kami amat memerlukan sokongan anda untuk membantu penduduk terjejas di Morocco.
Zahirkan keprihatinan anda menerusi solidariti menyumbang kepada tabung kecemasan ‘Morocco Earthquake’ sekarang.