Menu
Sejak tahun 1948 lagi, penduduk Palestin telah menderita akibat peperangan yang tidak berkesudahan. Sehingga hari ini, ada sahaja berita kematian rakyat Palestin yang kedengaran. Kanak-kanak antara golongan yang paling terkesan dengan konflik ini.
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." [HR Ahmad]
Insiden Letupan Pelabuhan Beirut
Pada 4 Ogos 2020, dunia dikejutkan dengan insiden letupan di sebuah gudang di Pelabuhan Beirut, Lubnan dengan kekuatan gegaran berukuran 4.5 skala Richter sekitar jam 6 petang waktu tempatan.
Letupan besar yang membawa kepada kepulan asap tebal serta api marak menjulang di langit telah mengorbankan ratusan nyawa, mengakibatkan ribuan orang tercedera, menyebabkan hampir setengah juta penduduk kehilangan tempat tinggal, dan ratusan lagi dilaporkan hilang hingga menimbulkan kebimbangan terhadap jumlah kematian yang bakal meningkat dalam usaha mencari dan menyelamat yang masih giat dijalankan.
Letupan tersebut telah menggegarkan dan memusnahkan sktruktur bangunan, memecahkan tingkap menjadi serpihan, dan merosakkan kenderaan. Hospital di Beirut kini sudah tidak dapat menampung keseluruhan penduduk yang cedera, justeru pesakit terpaksa dipindahkan ke Tripoli yang terletak 50 batu di sebelah utara Beirut untuk mendapatkan rawatan.
Letupan yang boleh dirasai dan didengari sehingga ke kawasan Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer daripada lokasi kejadian didakwa berpunca daripada sebuah gudang yang menyimpan 2,750 metrik tan ammonium nitrat yang biasanya digunakan sebagai baja pertanian.
Situasi di Lubnan
Perang saudara di Beirut telah tamat tiga dekad yang lalu, namun kota ini masih mengalami krisis ekonomi dan lonjakan kes pandemik COVID-19. Sistem penjagaan kesihatan yang serba kekurangan bertambah sukar apabila terpaksa beroperasi dengan penurunan kapasiti setelah empat hospital musnah dalam kejadian letupan itu.
Lubnan berdepan krisis ekonomi terburuk sehingga menyebabkan hampir separuh daripada populasi penduduknya hidup dalam kemiskinan, pengangguran melonjak pada kadar yang sangat membimbangkan, inflasi, dan penurunan nilai mata wang. Kemusnahan pelabuhan Beirut bakal merencatkan kegiatan import untuk mendapatkan bekalan keperluan asas.
Dianggarkan, setengah juta kanak-kanak di Beirut berjuang untuk hidup ekoran kekangan keluarga mereka untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan, elektrik, bahan bakar untuk memasak, kit kebersihan, ubat-ubatan, dan air. Kini, Lubnan dijangka berdepan krisis kebuluran impak situasi yang berlaku.
Bantuan Islamic Relief Lebanon
“Islamic Relief telah memberi respon awal dengan menyediakan minuman dan makanan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat letupan. Kami juga membantu melakukan kerja-kerja pembersihan dan mengupah orang-orang yang kehilangan pekerjaan untuk membantu. Manakala untuk bantuan jangka panjang, kami akan terus menyediakan pek makanan kerana industri import makanan terjejas teruk selepas pelabuhan Beirut musnah.”
Pakej Bantuan Islamic Relief
Mengenai Islamic Relief Lebanon
Islamic Relief mula beroperasi di Lubnan pada tahun 2006 dengan menghulurkan bantuan kecemasan seperti makanan, bekalan air bersih dan barangan keperluan asas kepada mereka yang terjejas akibat perang Lubnan.
Selepas konflik peperangan kembali reda, Islamic Relief meneruskan usaha bantuan kemanusiaan dengan memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman di sepanjang perbatasan selatan. Selain membina semula hospital dan memperbaiki kemudahan air yang rosak, Islamic Relief turut melaksanakan projek kehidupan mampan bagi membina semula kehidupan penerima manfaat yang kehilangan sumber pencarian.
Islamic Relief Lebanon turut membantu para pelarian yang kini mencatatkan jumlah seramai 1.5 juta orang pelarian Syria dan lebih 300,000 orang pelarian Palestin.
MAYBANK ISLAMIC | 5621 4270 8704 | |||
MBSB BANK | 1005 0251 0000 0166 | |||
BANK ISLAM | 1202 9010 0656 43 | |||
BANK RAKYAT | 1108 0100 0035 | |||
CIMB ISLAMIC | 8602 0738 18 | |||
AFFIN ISLAMIC | 1067 1000 2784 |
IRM Server | |
Extra-net | |
Staff Mail | |
IR Digital |
Hak cipta © Islamic Relief ™ Malaysia 2019 version 1.0.0 | Nombor Pendaftaran Syarikat: 657354-W. Malaysia Office: A-05-01, Paragon Point, Jalan Medan PB5, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. | |
Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak 1.7% (untuk kad kredit / debit), atau 1.7% atau RM 0.60 yang mana lebih tinggi (untuk pembayaran melalui Perbankan Internet). Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. |