Siklon Landa India

Odisha, 24 Sep 2018 – Hujan lebat berserta ribut petir melanda seluruh kawasan di Odisha Khamis lalu. Ia dipercayai berpunca daripada Siklon Daye.

 

Amaran kecemasan telah dikeluarkan di sembilan daerah di India termasuklah Gajapati, Ganjam, Puri, Rayagada, Kalahandi, Kandhamal, Koraput, Malkangiri, dan Nabarangpur.

 

Maklumat terkini melaporkan bahawa Malkangiri adalah daerah yang paling terjejas dalam negeri itu.

 

Menurut Jabatan Metrologi India (IMD), amaran awal telah dikeluarkan di beberapa kawasan pedalaman yang bakal mengalami hujan lebat.

 

Selain itu, hujan lebat juga diramalkan di negeri-negeri Bengal Barat, Telangana, Jharkhand, Chhattisgarh, sebahagian kawasan Maharashtra, Timur dan Barat Madhya Pradesh, Timur Rajasthan dan pedalaman Karnataka.

 

Laluan perjalanan Malkangiri dan Chhattisgarh turut terganggu akibat kenaikan paras air di beberapa lokasi terbabit.

 

Setakat ini, tiada laporan susulan berkenaan kematian dilaporkan.

 

Pada masa yang sama, Islamic Relief (IR) India sedang mengawasi situasi berkenaan.