Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.
Rasulullah SAW Bersabda:
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.”
Marhaban Ya Ramadan
Ya Allah, pertemukanlah kami lagi dengan bulan Ramadan-Mu yang mulia.
Semoga Ramadan kali ini membawa lebih erti dan bakal memberi seribu rahmat dan pahala buat kita semua.

Kongsi Keindahan Ramadan Bersama-sama
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang kenyang sementara jiran tetangganya kelaparan.” (Hadis Riwayat Al-Tabarani)
Program Makanan Sedunia (WFP) menyifatkan tahap kelaparan penduduk di seluruh dunia adalah yang terburuk sekali. Lebih 828 juta orang dilaporkan terpaksa tidur dalam kelaparan setiap hari ekoran konflik, impak pandemik Covid-19, bencana alam dan juga isu kenaikan harga barang yang kian meruncing.
Rentetan itu, Islamic Relief Malaysia tampil prihatin dengan meneruskan kesinambungan program bermusim di bulan Ramadan menerusi edaran pek makanan di 11 buah negara termasuk Malaysia.
Rezeki Ramadan #gandakanpahala
Kempen Rezeki Ramadan yang berslogan #gandakanpahala ini bermula pada 16 Januari 2023 dan akan berakhir pada 21 April 2023 dengan sasaran kutipan dana RM2.5 juta bagi menyantuni 37,250 indidivu.
Objektif program bermusim yang dijalankan Islamic Relief secara global selama hampir empat dekad ini bertujuan meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan juadah berbuka dan bersahur ketika bulan Ramadan.
Ia juga berperanan sebagai alternatif bagi mendepani jangkaan kemelesetan ekonomi dunia serta kenaikan kos sara hidup yang menjadi kegusaran masyarakat, lebih-lebih lagi golongan rentan.
Kriteria utama pemilihan penerima bantuan ialah golongan B40 dan ke bawah, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, pesakit kronik, pelarian, penduduk terjejas bencana dan keluarga dengan ahli yang ramai.
Setiap pek makanan Ramadan yang diedarkan, dilengkapi dengan bekalan makanan asas atau makanan ruji penerima manfaat mengikut negara masing-masing seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, teh dan kurma.
Tahun lalu, Islamic Relief telah berjaya mengagihkan 302,919 pek makanan yang memberi manfaat kepada 1,573,125 individu di 33 buah negara.
Menerusi komitmen Islamic Relief Malaysia sahaja, 11,040 pek makanan diagihkan bagi menyantuni 60,980 individu hasil dana bantuan rakyat Malaysia.

Pakej Rezeki Ramadan 2023



Sumbangan Anda, Mewarnai Ramadan Mereka
Berdasarkan maklum balas yang diterima kakitangan Islamic Relief di lapangan sewaktu agihan pek makanan dijalankan, sumbangan makanan asas ini sangat dinantikan penerima bantuan sepanjang tahun.
Bagi penduduk di negara konflik yang berdepan ancaman malnutrisi mahupun kebuluran, pek makanan ini mungkin satu-satunya sumber utama bekalan makanan buat mereka.


