Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Program Bermusim

Rezeki Qurban

Rezeki Qurban #zahirkankesyukuran

Ibadah korban mengingatkan kita pada pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S demi taatnya mereka terhadap perintah Al-Khaliq. Kisah mereka merupakan ibrah besar buat umat Islam dan menjadikan kita umat yang lebih bersedia untuk mengorbankan sesuatu demi kebaikan. Korban membawa maksud menyembelih haiwan ternakan pada 10 – 13 Zulhijjah atau tiga hari selepas hari tasyrik dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

Menyedari akan kepentingan ibadah korban bagi umat Islam, Islamic Relief Malaysia meneruskan kesinambungan program yang dijalankan setiap tahun dengan melancarkan kempen Rezeki Qurban bagi memberi peluang kepada umat Islam melaksanakan ibadah korban yang sangat dituntut ini.

Selain itu, ia turut menjadi jambatan dalam membantu golongan rentan menerusi agihan sumbangan daging korban ke 28 buah negara selari dengan tujuan ibadah korban dilaksanakan. Tahun ini, Islamic Relief Malaysia membuka 943 penyertaan bahagian korban bagi meraikan 23,575 penerima manfaat.

Pada tahun 2020, Islamic Relief Malaysia telah menyantuni lebih 50,000 penerima manfaat di 30 buah negara termasuk Malaysia hasil penyertaan 2,015 bahagian korban.

Rezeki Qurban juga turut memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk menikmati makanan yang bernutrisi. Sumbangan ini memberi fokus kepada ibu tunggal, anak yatim, warga emas, fakir miskin, Orang Kelainan Upaya (OKU), pesakit kronik dan pelarian.

Harga bagi setiap penyertaan bahagian korban berbeza mengikut negara bermula dari RM350 hingga RM1,500. Terdapat enam pakej disediakan merangkumi 28 buah negara merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah Timur.

Setulus Doa

"Tahun demi tahun, penderitaan penduduk Gaza di Wilayah Palestin baik wanita, lelaki, kanak-kanak mahupun warga emas semakin meningkat. Namun, dalam kesukaran itu, kesabaran dan keyakinan mereka kepada Allah SWT juga cukup tinggi. Setiap tahun, mereka menanti ketibaan musim korban untuk menerima kehadiran tim Islamic Relief mengetuk pintu rumah mereka, memberi ucapan lebaran dan menyampaikan daging segar buat mereka. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut dapat menghidupkan sunnah Rasulullah SAW apabila melihat senyuman indah terpancar di wajah penerima manfaat di samping doa yang dituturkan oleh para ibu dan wanita serta harapan yang digambarkan oleh kanak-kanak.”

Rami T. M Mahani, Pengurus Program Kemanusiaan Islamic Relief Palestine

“Seumur hidup saya, kami tidak pernah membeli daging. Saya dan suami dapat menikmatinya jika jiran kami berkongsi bersama kami. Kami berdua sudah berusia, suami pula lumpuh dan hanya mengharapkan bantuan dari jiran-jiran terdekat walaupun mereka sendiri dalam keadaan serba kekurangan. Saya doakan agar orang-orang yang sudi membantu kami menikmati daging korban ini diberkati oleh Allah.”

Masooma, Penerima Manfaat Pek Daging Qurban 2020 di Afghanistan

PAKEJ REZEKI QURBAN

KUMPULAN A

RM 350
  • Malawi [Kambing/Lembu]
  • Sudan [Lembu]
  • Niger [Lembu/Kambing Biri-Biri]
  • Mali [Lembu]
  •  
  •  

KUMPULAN B

RM 450
  • Somalia [Kambing Biri-Biri/Kambing]
  • Kenya [Kambing Biri-Biri/Kambing]
  • Ethiopia [Kambing Biri-Biri/Kambing]
  • Bangladesh [Lembu]
  • Nepal [Kerbau/Kambing]

KUMPULAN C

RM 600
  • Bangladesh-Pelarian Myanmar [Lembu]
  • Pakistan [Lembu]
  • Afghanistan [Lembu]
  •  
  •  
  •  

KUMPULAN D

RM 850
  • Malaysia [Lembu]
  • Sudan Selatan [Lembu]
  • Filipina [Lembu]
  • Myanmar [Lembu]
  • Kosova [Lembu]
  • Yaman [Kambing/Kambing Biri-Biri/Lembu]

KUMPULAN E

RM 1,200
  • Syria [Kambing Biri-Biri]
  • Lubnan [Lembu]
  • Indonesia [Lembu]
  • Afrika Selatan [Lembu]
  • Albania [Lembu]
  • Jordan [Kambing Biri-Biri]
  • Bosnia [Lembu]
  • Macedonia [Lembu]

KUMPULAN F

RM 1,500
  • Palestin-Gaza [Lembu]
  • Turki-Pelarian Syria [Lembu/Kambing Biri-Biri]
  • Tunisia [Kambing Biri-Biri]
  •  
  •  
  •  
  •  

SEDEKAH QURBAN

As low as RM 10
  • Digunakan untuk kos operasi dan pelaksanaan ibadah korban
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

* Harga termasuk kos seliaan dan pengurusan aktiviti korban

Imbasan Program Qurban Perdana

Sabda Rasulullah SAW, “Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.”

[Hadis Riwayat Al-Tirmizi]

Semoga ibadah korban kita pada tahun ini menjadi jawapan kepada doa saudara-saudara kita yang tidur dengan perut kosong dan mengharapkan Aidiladha mereka dapat dirai dengan penuh makna.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email