Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
#zahirkankesyukuran

Rezeki Qurban

Rezeki Qurban #zahirkankesyukuran

Ibadah korban merupakan sunat muakkad yang sangat dituntut dan digalakkan dalam Islam bagi orang-orang yang berkemampuan. Ia juga merupakan salah satu ibadah sunat yang sangat disukai Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Dan, bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka, Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada Allah.” (Surah Al-Hajj, 34)

Ibadah ini dilaksanakan menerusi penyembelihan haiwan ternakan bermula pada 10 Zulhijjah dan berterusan sehingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Kongsi Kemuliaan Ibadah Korban Bersama-sama

Menyedari akan kepentingan ibadah korban bagi umat Islam, Islamic Relief Malaysia meneruskan kesinambungan dengan melancarkan kempen Rezeki Qurban bermula 9 Mei 2022 hingga 1 Julai 2022.

Sasaran dana bagi kempen berslogan #zahirkankesyukuran ini sebanyak RM660,000 bagi menyantuni penerima manfaat di 31 buah negara termasuk Malaysia menerusi 1,134 penyertaan bahagian korban.

Harga bagi setiap penyertaan bahagian korban berbeza mengikut negara bermula dari RM350 hingga RM1,800. Terdapat enam kumpulan penyertaan dengan tambahan tawaran infaq melalui Sedekah Qurban.

Objektif program bermusim yang dijalankan setiap tahun oleh Islamic Relief secara global ini adalah untuk memberi peluang kepada umat Islam yang berkemampuan melaksanakan ibadah korban serta menjadi serampang dua mata dalam membantu golongan rentan menerusi agihan sumbangan daging korban.

Kriteria pemilihan bagi penerima sumbangan daging korban antaranya ibu tunggal, anak yatim, warga emas, fakir miskin, asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelarian melibatkan tiga jenis agihan iaitu edaran daging segar, daging sejuk beku dan juga daging dalam tin.

Setiap keluarga akan menerima kira-kira antara 2 kilogram hingga 4 kilogram daging korban yang dijangka mampu bertahan untuk tempoh satu minggu.

Bagi pemilihan jenis haiwan ternakan untuk disembelih pula berbeza mengikut negara antaranya lembu, kerbau, kambing, dan kambing biri-biri.

Aidiladha Dirai, Nikmat Dikongsi

Tahun lalu, secara keseluruhan Islamic Relief telah menyantuni lebih 3.4 juta penerima manfaat di 31 buah negara menerusi 207,545 penyertaan bahagian korban, manakala bagi Islamic Relief Malaysia pula, seramai lebih 22,000 penerima manfaat berjaya disantuni menerusi kempen Rezeki Qurban yang telah dilancarkan.

Setulus Doa

“Alhamdulillah syukur sangat dengan adanya sumbangan daging korban ini. Sejujurnya, saya rasa terkejut sangat sebab walau dalam keadaan pandemik, ramai orang terjejas, tetapi ada juga yang sudi menyumbang. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki, selamat dan dilindungi daripada jangkitan Covid-19 supaya kamu semua dapat terus melakukan kerja-kerja kebajikan dengan menyalurkan bantuan dan sumbangan. Saya doakan kamu semua sentiasa dilindungi Allah.”

Kamil, penerima manfaat program Rezeki Qurban di Perumahan Awam (PA) Seri Sabah 3B, Kuala Lumpur.

“Pakcik sudah tinggal di Pulau Jampiras ini kira-kira 43 tahun. Selama kami tinggal di sini, inilah kali pertama ada pihak luar yang datang dan menjalankan ibadah korban serta mengedarkan daging korban kepada kami. Kami rasa sangat terharu dan berterima kasih sangat kepada semua yang menyumbang dan membantu kami. Tak sangka masih ada yang peduli akan nasib kami walaupun kami bukan penduduk tempatan.”

Penerima manfaat program Rezeki Qurban di Sandakan, Sabah.

“Hati saya rasa sayu sangat apabila anak-anak saya berkata mereka teringin nak makan kebab. Sudah lama kami tidak dapat makan daging kerana saya tidak mampu. Rasa runsing sangat memikirkan keadaan kesihatan anak-anak saya yang terjejas kerana tidak cukup makan. Sewaktu saya mendapat tahu kami terpilih sebagai salah seorang penerima manfaat daging korban daripada Islamic Relief, saya rasa sangat gembira. Sebelum ini, saya pernah cakap pada anak-anak kalau nak makan kebab, kena tunggu hari raya Aidiladha. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Akhirnya, dapat juga mereka merasa makan kebab yang dah lama mereka teringin nak makan,”

Haidar Nemer Hassan, penerima manfaat daging korban di Gaza, Palestin.

“Dalam keadaan negara yang tidak stabil ketika ini, kami berdepan masalah kekurangan pekerjaan dan terpaksa hidup dalam ketakutan. Kami tiada wang dan pendapatan. Sukar untuk kami mendapatkan sumber makanan lebih-lebih lagi bagi OKU seperti saya. Di sini, ramai orang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Seandainya ada yang sudi membantu, kami pasti rasa sangat bersyukur dan gembira,”

Siham Mohammed Abdu, penerima manfaat program daging korban di Yaman.

PAKEJ REZEKI QURBAN

KUMPULAN A

RM 350
  • Mali [Lembu]
  • Malawi [Kambing/Lembu]
  • Niger [Lembu/Kambing Biri-Biri/Kambing]
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUMPULAN B

RM 500
  • Bangladesh [Lembu]
  • Ethiopia [Kambing Biri-Biri/Kambing]
  • Kenya [Kambing Biri-Biri/Kambing]
  • Nepal [Kerbau/Kambing]
  • Somalia [Kambing Biri-Biri/Kambing]
  • Sri Lanka [Lembu]
  • Sudan [Lembu]

KUMPULAN C

RM 650
  • Afghanistan [Lembu]
  • Chechnya [Lembu]
  • Pakistan [Lembu]
  • Sudan Selatan [Lembu]
  •  
  •  
  •  
  •  

KUMPULAN D

RM 900
  • Kosova [Lembu/Kambing Biri-Biri]
  • Myanmar [Lembu]
  • Filipina [Lembu]
  • Afrika Selatan [Lembu]
  • Yaman [Kambing/Kambing Biri-Biri/Lembu]
  •  
  •  
  •  

KUMPULAN E

RM 1,200
  • Albania [Lembu]
  • Bosnia [Lembu/Kambing Biri-Biri]
  • Indonesia [Lembu]
  • Macedonia [Lembu]
  • Malaysia [Lembu]
  • Syria [Kambing Biri-Biri]

KUMPULAN F

RM 1,800
  • Iraq [Kambing Biri-Biri]
  • Jordan [Kambing Biri-Biri]
  • Lubnan [Lembu]
  • Palestin-Gaza [Lembu]
  • Tunisia [Kambing Biri-Biri]
  • Turki [Lembu/Kambing Biri-Biri]

SEDEKAH QURBAN

Serendah RM 10
  • Sumbangan serendah RM10 untuk menampung pelaksanaan qurban dan kos operasi
  •  
  •  
  •  

* Harga termasuk kos seliaan dan pengurusan aktiviti korban

Imbasan Program Qurban Perdana

SOALAN LAZIM BERKENAAN QURBAN (SOALAN UMUM)

Q1: Bagaimana pelaksanaan ibadah korban yang dijalankan oleh Islamic Relief?

Answer:

Islamic Relief menjalankan ibadah korban tahun ini di 32 buah negara di mana terdapat pejabat operasi Islamic Relief, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh negara masing-masing. Proses pelaksanaan dan agihan daging korban akan dijalankan oleh kakitangan dan sukarelawan Islamic Relief.

Q2: Bilakah pelaksanaan korban dijalankan dan bagaimana dengan anjuran untuk tidak memotong kuku dan rambut bagi orang yang ingin membuat korban?

Answer:

Islamic Relief akan melaksanakan ibadah korban bermula 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah.

Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah), maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.

Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1061-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-11-anjuran-untuk-tidak-memotong-kuku-dan-rambut-bagi-yang-ingin-melakukan-ibadah-korban-apabila-tibanya-1-zulhijjah

Q3: Bagaimana untuk memastikan penyertaan korban peserta dilaksanakan?

Answer:

Selain menyediakan sijil penyertaan kepada semua peserta, laporan gambar dan video yang diterima dari Islamic Relief Worldwide juga akan dikongsi di laman media sosial Islamic Relief Malaysia untuk rujukan.

Q4: Selain pelaksanaan korban, adakah Islamic Relief ada menyediakan perkhidmatan aqiqah juga?

Answer:

Tiada. Islamic Relief hanya menjalankan program ibadah korban sahaja.

Q5: Mengapa harga setiap pakej qurban berlainan?

Answer:

Harga bagi satu bahagian korban berbeza mengikut jenis ternakan dan harga semasa haiwan sembelihan korban di sesebuah negara yang terlibat.

Q6: Bila haiwan korban akan disembelih?

Answer:

Waktu penyembelihan haiwan korban bermula selepas khutbah solat Aidiladha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Maka tempoh menyembelih haiwan korban hanya empat hari dalam setahun iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

 

Ini bertepatan dengan hadis berikut:

 

Al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah dalam Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran berkata: “Dimulakan dengan solat (Solat Hari Raya Adha) sebelum melakukan ibadat korban.”

 

Pengarang Al-Fiqh al-Manhaji berkata: “Waktunya bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) iaitu sekadar sempat ditunaikan dua rakaat sembahyang dan dua khutbah. Kemudian berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah. Waktu afdhal untuk menyembelih ialah selepas selesai solat sunat hari raya.”

 

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Perkara pertama yang kami mulakan pada hari ini, (hari raya) ialah kami bersembahyang. Kemudian kami pulang dan menyembelih korban. Oleh itu, sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunah kami. Dan sesiapa telah menyembelih sebelum itu, maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya, bukan untuk ibadat korban sedikit pun.”

 

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Q7: Bolehkah beberapa orang berkongsi duit untuk melakukan ibadah korban?

Answer:

“Hukumnya ialah sunat muakkad yang dianggap benar di sisi kami (Syafieyyah) secara sunat kifayah, (yakni) jika ramai ahli dalam sebuah rumah itu maka jika dilaksanakan korban seseorang daripada mereka, maka mamadailah (pahala korban) daripada sekalian lainnya. Jika hanya seorang sahaja, maka jadilah sunat ain.

 

Berpandukan hadis Jabir RA: Kami keluar bersama Rasulullah SAW dalam keadaan berihram haji lalu Baginda menyuruh kami bersekutu dalam menyembelih korban unta dan lembu, tujuh bahagian korban dibahagi tujuh orang. (Hadis Riwayat Muslim)

 

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1301-al-kafi-351-berkongsi-satu-bahagian-korban

Q8: Bolehkah seseorang itu berniat untuk melaksanakan korban untuk orang yang telah meninggal dunia?

Answer:

Terdapat beberapa pendapat, antaranya:

  • Dibolehkan untuk melakukan korban buat si mati dan sampai pahalanya juga buat si mati. Ini adalah pendapat jumhur ahli ilmu yang merangkumi al-Hanafiyah, al-Malikiyyah, al-Hanabilah dan sebahagian al-Syafi’ieyyah.

 

  • Makruh hukumnya melakukan korban buat si mati. Ini adalah pendapat al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: “Dimakruhkan bagi seseorang melakukan korban buat si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”.

 

  • Tidak boleh melakukan korban buat si mati melainkan ianya telah diwasiatkan oleh si mati sebelum kematiannya. Ini adalah pendapat al-Syafi’ieyyah yang mana al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dan tidaklah disembelih bagi orang lain melainkan mendapat izin daripadanya dan tidak juga daripada yang mati melainkan ianya telah diwasiatkan.”

Kesimpulan

Walaupun permasalahan ini menjadi khilaf dikalangan ulama, kami cenderung dengan pendapat yang ketiga iaitu pendapat kebanyakan Syafi’eyyah iaitu mesti adanya wasiat dari si mati untuk melakukan korban buat dirinya.

Namun, kami juga tidak menafikan pendapat sebahagian Syafi’eyyah yang berpendapat bahawa tidak memerlukan kepada wasiat. Ini sepertimana yang telah dinukilkan oleh Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili Hafizahullah yang mana menyebutkan: “(dan dikatakan) sah hukumnya sembelihan bagi si mati sekalipun tidak diwasiatkan kerana ianya seperti sedekah maka sahlah juga bagi si mati dan ianya memberi manfaat buatnya”. [Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Dar al-Qalam, 2/490]

Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1069-irsyad-al-fatwa-haji-korban-siri-6-hukum-melakukan-korban-buat-si-mati

Q9: Apakah jenis haiwan yang akan dikorbankan oleh Islamic Relief?

Answer:

Jenis haiwan akan berbeza mengikut negara. Antaranya; kambing biri-biri, kambing, lembu, kerbau dan seladang.

Contoh:

Malaysia – Lembu

Palestin (Gaza) - Lembu

Syria - Kambing Biri-Biri

Q10: Apa beza nama dan penama untuk pendaftaran?

Answer:

Nama merujuk kepada nama penyumbang manakala penama merujuk kepada nama peserta korban.

Q11: Adakah terdapat kos lain dalam setiap harga pakej?

Answer:

Benar. Harga setiap pakej adalah termasuk kos seliaan dan pengurusan aktiviti korban.

Q12: Adakah penyumbang akan menerima resit pelepasan cukai?

Answer:

Tidak. Penyumbang yang melaksanakan ibadah korban tidak layak untuk mendapat resit pelepasan cukai.

Jom sertai ibadan korban bersama Islamic Relief Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email