Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.
Rasulullah SAW Bersabda:
"Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang kenyang sementara jiran tetangganya kelaparan."

Situasi Semakin Menekan
Dalam situasi negara yang sedang melalui fasa pasca pandemik serta proses pemulihan ekonomi, kos sara hidup dilihat semakin meningkat.
Isu kenaikan harga barang membuatkan masyarakat semakin tersepit dan terbeban. Ramai yang terus bergelut dengan masalah kewangan.
Meskipun penerimaan gaji masih kekal setiap bulan, namun pendapatan yang diterima kadangkala tidak cukup, lebih-lebih lagi bagi penduduk di kawasan bandar.
Menurut Laporan Jangkaan Pengguna Perbankan Pasca Pandemik RFI Global 2022 pula, 50 peratus pendapatan rakyat Malaysia mengalami penyusutan akibat pandemik.
Kesan kewangan ini turut dirasai golongan mewah hingga menyebabkan bayaran pinjaman bank mereka tertunggak.

Bagaimana Keadaan Golongan Asnaf?
Semua orang di saat ini sedang terjejas dari sudut kewangan, namun tahap kepayahan yang kita lalui berbeza-beza dan tahap penerimaan serta respon kita kepada sesuatu masalah juga tidak sama.
Tekanan yang dihadapi masyarakat disebabkan peningkatan kos sara hidup sangat berkait rapat dengan kesihatan mental.
Menurut kajian salah seorang Pakar Psiakiatri tanah air, kes-kes masalah mental meningkat dua ke tiga kali ganda ketika pandemik berbanding sebelumnya. Trend peningkatan ini dijangka akan terus berlaku berikutan kesan kewangan.
Jadi, isu gangguan emosi yang terkait dengan masalah kewangan dan terputus bekalan makanan perlu dipandang serius kerana ia boleh membawa kepada kemurungan, kebimbangan melampau, penyalahgunaan dadah dan alkohol, perbuatan mencederakan diri dan bunuh diri serta keganasan rumahtangga.
“Kami maklum, semua orang di saat ini sedang terjejas dari sudut kewangan, namun tahap kepayahan yang kita lalui berbeza-beza. Jadi, Islamic Relief cuba untuk mengajak masyarakat menzahirkan empati dengan berkongsi rezeki bersama-sama."

Rezeki Bersama #kitakasihkitakongsi
Sebagai solusi jangka masa pendek untuk membantu golongan terjejas, Islamic Relief Malaysia tampil prihatin memperkenalkan kempen Rezeki Bersama dengan tagline #kitakasihkitakongsi sebagai alternatif sementara untuk keluarga yang terputus bekalan makanan mendapatkan akses keperluan dengan segera.
Bantuan bernilai RM200 ini akan diberikan dalam bentuk baucar makanan bagi keluarga B40 dan ke bawah yang tinggal di semenanjung, manakala untuk Sabah dan Sarawak pula, kaedah pelaksanaan bantuan menggunakan pek makanan.
Penawaran dua kaedah berbeza ini adalah mengikut keperluan semasa untuk memudahkan para penerima bantuan berdasarkan hasil penilaian yang dijalankan kakitangan Islamic Relief di lapangan.
Kempen Rezeki Bersama menyasarkan dana sebanyak RM400,000 sehingga 31 Disember 2023.
“Kadangkala kita memberi bukan kerana kita kaya, tetapi kerana kita faham betapa sukarnya meneruskan hidup dengan perut yang kosong dan tiada tempat untuk mengadu nasib.”
#kitakasihkitakongsi