Krisis di Syria telah memasuki tahun ke-9. Dan selama itulah rakyatnya menderita kelaparan, ketakutan dan kehilangan. Namun, sejauh mana keadaan di sana menunjukkan tanda-tanda akan pulih?
“Peperangan sedang berlarutan di Sudan. Kami boleh mendengar bunyi tembakan peluru dan bedilan bom di sekeliling kami. Banyak bangunan terbakar dan asap memenuhi ruang udara. Ramai yang terperangkap di dalam rumah mereka. Kehidupan di Sudan kian lumpuh. Banyak kemudahan dan infrastruktur awam terpaksa ditutup, manakala bekalan makanan semakin berkurangan.
“Jutaan penduduk memerlukan bantuan kemanusiaan dan terpaksa berdepan ancaman kebuluran yang kritikal.”
Apa Yang Berlaku di Sudan?



Pada 15 April lalu, konflik kemanusiaan telah tercetus melibatkan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) disebabkan pergolakan politik.
Ratusan orang terbunuh termasuk lima petugas kemanusiaan dan lebih ribuan lagi cedera.
Dianggarkan, lebih 330,000 penduduk Sudan kini menjadi pelarian dalam negara (IDP), manakala lebih 64,000 telah melarikan diri ke negara jiran seperti di Chad, Mesir dan Republik Afrika Tengah.
Antara kawasan yang teruk terjejas ialah bandar Khartoum, Omdurman dan Merowe. Kini, pertempuran di Sudan sudah merebak ke kawasan lain seperti Nyala, Al Fasher, Al Obied dan Ag Geneina.
Keadaan di Sudan sangat kritikal. Penduduk setempat terpaksa berdepan banyak tekanan melibatkan ancaman keganasan, krisis ekonomi dan kehilangan tempat tinggal.
Kira-kira 15.8 juta orang kini memerlukan bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Antara keperluan mendesak yang diperlukan penduduk Sudan saat ini ialah, makanan, minuman, kit kebersihan, ubat-ubatan, tempat perlindungan dan bahan bakar untuk menjana bekalan elektrik di hospital.
Dalam usaha membantu penduduk Sudan, Islamic Relief Malaysia telah melancarkan kempen Rayuan Kecemasan Sudan dengan sasaran dana sebanyak RM200,000 bermula 10 Mei 2023 hingga 31 Disember 2023.
Islamic Relief sudah membantu penduduk di Sudan sejak 1984. Dalam tempoh hampir 40 tahun ini, pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan termasuk ketika fasa kecemasan dan juga projek pembangunan jangka masa panjang.
270 kakitangan Islamic Relief di Sudan bersiap siaga untuk menyalurkan bantuan segera kepada penduduk terjejas dalam krisis ini. Respon kecemasan ini turut mendapat kerjasama dan sokongan oleh Islamic Relief di Ethiopia serta Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Bantuan Kemanusiaan Sudan.
Setakat ini, Islamic Relief telah menyalurkan bantuan makanan seperti kurma, gula, kekacang, teh dan minyak masak di dua buah hospital di Khartoum.
Penyaluran bantuan ubat-ubatan juga sedang diproses.
“Buat masa ini belum ada tanda-tanda bila konflik ini akan berakhir, tetapi kami berdoa agar ada gencatan senjata sebenar untuk hari raya. Kami sangat berharap pihak yang terlibat dalam konflik ini bersetuju menyediakan laluan selamat untuk memindahkan mereka yang tercedera dan membolehkan agensi bantuan membantu orang ramai."
Kami amat memerlukan sokongan anda untuk membantu penduduk terjejas di Sudan.
Zahirkan solidariti dengan menyumbang kepada kempen Rayuan Kecemasan Sudan sekarang.