• (+603) 8926 3434
  • Info@Islamic-relief.org.my
  • (+6019) 637 9788

Rayuan Kecemasan COVID-19

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kecemasan

Rayuan Kecemasan Covid-19

COVID-19 yang telah menular pantas merentasi sempadan dunia ini telah meragut ribuan nyawa.

Susulan penularan wabak Corona Virus Disease 2019 (COVID-19) yang telah diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Islamic Relief Malaysia menzahirkan keprihatinan dengan melancarkan tabung Rayuan Kecemasan COVID-19 bagi membantu penduduk terjejas ekoran bencana ini.

Antara langkah-langkah yang diambil sesebuah negara bagi mengekang jumlah kematian dan jangkitan dari terus meningkat adalah dengan melaksanakan perintah berkurung, perintah kawalan pergerakan dan kaedah pengasingan berpusat.

Di Malaysia, kerajaan telah menguatkuasakan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 – 31 Mac 2020 kepada semua penduduk kecuali petugas di 22 sektor perkhidmatan penting negara antaranya jagaan kesihatan dan perubatan, pertahanan, keselamatan, penyiaran dan perbankan.

Rentetan itu, Islamic Relief Malaysia mengambil langkah prihatin dengan melancarkan tabung Rayuan Kecemasan COVID-19 atau COVID-19 Emergency Appeal dengan sasaran RM200,000 selama sebulan.

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan penduduk di luar negara yang terjejas terutamanya mereka yang berdepan kekangan mendapatkan bekalan makanan dan juga barangan keperluan bukan makanan.

Antara bantuan yang akan disalurkan adalah:

1. Keperluan Makanan Asas

2. Keperluan Perubatan

3. Barangan Bukan Makanan

4. Makanan sedia di makan

Penyaluran bantuan di dalam negara akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang mempunyai akses terus kepada penerima dan juga pusat-pusat jagaan kuarantin manakala di luar negara pula perlaksanaan akan dijalankan melalui pejabat lapangan Islamic Relief.

Marilah sama-sama kita manfaatkan keadaan kecemasan ini untuk membantu dan memberi sokongan di antara satu sama lain.

Sumbangan anda, mampu mengurangkan beban mereka.