Rayuan COVID-19

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kecemasan

Rayuan Covid-19

Penularan Wabak Pandemik Covid-19

Pandemik COVID-19 yang telah mengancam seluruh pelosok dunia kini telah meragut lebih 1 juta nyawa selain turut membabitkan lebih 40 juta kes positif dalam tempoh kurang daripada setahun.

Tidak hanya meragut nyawa, Covid-19 nyata telah melumpuhkan aktiviti ekonomi, operasi sektor utama dan menjejaskan aktiviti seharian masyarakat.

Kebanyakan negara telah mengambil langkah mengurangkan jumlah pemprosesan produk keluaran mereka yang akhirnya memberi kesan kepada pembekalan sumber tersebut.

Menurut kenyataan satu portal perniagaan dan pelaburan, banyak perniagaan dijangka muflis ekoran arahan perintah berkurung serta kawalan pergerakan yang dilancarkan secara global. Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) pula menganggarkan, hampir 25 juta orang bakal kehilangan pekerjaan di seluruh dunia impak wabak ini.

Melihat kepada implikasi Covid-19 yang semakin menghimpit masyarakat di Malaysia secara keseluruhan tidak kira penduduk bandar atau luar bandar, sektor pekerjaan formal atau informal, Islamic Relief Malaysia ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama menyumbang ke tabung Rayuan COVID-19 bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia.

Fokus kali ini adalah bantuan berbentuk makanan dan kit kebersihan seperti pelitup muka, sanitizer, sabun pencuci dan sebagainya.

Penyaluran bantuan di dalam negara akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan yang mempunyai akses terus kepada penerima dan juga pusat-pusat jagaan kuarantin manakala di luar negara pula perlaksanaan akan dijalankan melalui pejabat lapangan Islamic Relief.

Bantuan Islamic Relief

Terdahulu, kempen Rayuan Kecemasan COVID-19 telah berjaya memberi manfaat kepada banyak pihak baik di dalam mahupun di luar negara berkat sumbangan rakyat Malaysia yang berhati wangi meskipun berdepan kekangan untuk bergerak secara bebas dalam fasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

Antara sumbangan yang telah berjaya disalurkan:

  • 1,000 keping facemask N95 kepada Akademi Audit Negara (AAN), Nilai, Negeri Sembilan yang menjadi pusat kuarantin
  • 10 unit ‘hospital sleeping chairs’ kepada Hospital Putrajaya
  • Bantuan wang tunai RM500 untuk penerima manfaat di Semenanjung, Sabah & Sarawak
  • 5 unit ‘non-contact thermoscan’ kepada Hospital Rembau
  • Bantuan makanan kepada 60 keluarga pelarian Rohingya di Puchong
  • 2 unit ‘Pharmaceutical Refrigerator’ kepada Bahagian Farmasi Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dengan usahasama ANSARA, Taiping, Perak.
  • 9 kotak barangan makanan dan minuman untuk pesakit dan ‘frontlines’ di Pusat Kuarantin Hospital Ampang
  • Edaran kit kebersihan merangkumi gel pembasmi kuman dan disinfeksi, sabun, sarung tangan, pelitup muka dan risalah langkah menjaga kebersihan kepada 2,750 penduduk Bosnia dan 14 institusi tempatan seperti pusat perubatan, Komuniti Islam, Ambulans, Fakulti Islam dan Stesen TV tempatan
  • Edaran 7,659 makanan panas kepada penduduk Gaza, Palestin yang dikuarantin ketika dan selepas Ramadan.
  • Agihan 2,689 pek makanan yang berjaya memberi manfaat kepada lebih 13,000 individu untuk sebulan di 15 kawasan di Spain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email