Ramadan Bersama-sama

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Bantuan Pek Makanan

ramadan bersama-sama

“Barangsiapa yang memberikan makanan bagi orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala sebagaimana orang tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang tersebut.”

[Hadis Riwayat at-Tirmidzi]

Setiap tahun, kehadiran bulan Ramadan pasti dinanti-nanti oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Bulan mulia yang cukup sinonim dengan pesta ibadah ini menjanjikan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain. Selain berpuasa di siang hari, umat Islam turut menghidupkan malam Ramadan dengan mengerjakan ibadah dan amalan-amalan sunat seperti bersedekah, bersolat tarawih, berzikir, beriktikaf, bertadarus serta pelbagai lagi.

Bulan Ramadan juga turut dikaitkan dengan syurga makanan apabila terdapat lambakan bazar Ramadan yang menjual aneka juadah berbuka. Sedarkah kita di sebalik semua nikmat dunia itu, terdapat saudara kita yang gelisah memikirkan di mana dan bagaimana untuk mencari sesuap makanan untuk juadah bersahur dan berbuka? Sedarkah?

Sejak 1984, Islamic Relief telah menyediakan bantuan pek makanan Ramadan bagi membantu golongan rentan mengharungi bulan Ramadan dengan bekalan makanan yang mencukupi. Tahun ini, Islamic Relief Malaysia menerusi kempen Ramadan Bersama-sama ingin mengajak anda semua untuk membantu 59,250 orang penerima manfaat di 32 buah negara termasuk Malaysia, Syria, Palestin dan lain-lain.

“Jadikan Ramadan Bersama-sama ini sebagai kenangan yang terindah dalam hidup kita.”

PAKEJ PEK MAKANAN RAMADAN BERSAMA-SAMA

RM180

Malaysia, Sri Lanka, Bangladesh, Niger, Mali, Chechnya, Bosnia, Lubnan, Albania, Tunisia, Myanmar, India, Chad, Filipina, Kosova, Afrika Selatan, Jordan, Nepal, Malawi, Pakistan, Kenya & Sudan

RM300

Syria, Palestin, Ethiopia, Indonesia, Afghanistan, Macedonia, Sudan Selatan, Somalia, Turki & Yaman