Penduduk Selatan Dan Barat India Terjejas Akibat Banjir

NEW DELHI, 14 Ogos 2019- Setakat 12 Ogos yang lalu, dilaporkan keadaan selatan dan barat India terjejas teruk akibat banjir yang berlaku.

Antara daerah yang terkesan dengan bencana ini adalah Assam dengan jumlah kematian 94 nyawa serta kematian haiwan ternakan penduduk setempat. Manakala di Bihar mencatatkan 130 kematian dan 8.4 juta penduduk terjejas.

Gujarat setakat 12 Ogos merekodkan seramai 54 nyawa terkorban dan Karnataka kehilangan sebanyak 65 nyawa. Turut dilaporkan di kawasan Maharashtra seramai lebih 200 penduduk terkorban manakala di Kerala mencatatkan 72 kematian di kawasan itu.

Pihak berkuasa India telah menyediakan kem sementara buat penduduk yang terjejas dan bilangan kem semakin meningkat. Tiada ancaman keselamatan yang dlaporkan setakat ini.

Islamic Relief (IR) India telah menghantar empat wakil di Kerala untuk mengadakan perbincangan dengan pentadbiran daerah untuk melaksanakan program air, sanitasi, & kebersihan (WASH) di kem-kem tersebut. Manakala di kawasan lain, IR India akan terus berhubung dengan organisasi kemanusiaan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah untuk mendapatkan situasi semasa.