Penajaan Al-Yateem

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Program Tajaan Anak Yatim

PENAJAAN AL YATEEM

Bertujuan untuk membantu anak-anak yatim di seluruh dunia secara individu untuk jangka masa panjang dalam pelbagai aspek kehidupan yang akan membawa kepada masa depan yang lebih baik.

PROGRAM PENAJAAN

Program Penajaan Al Yateem Islamic Relief dilaksanakan bagi memenuhi keperluan anak yatim secara individu agar mereka dapat menjalani kehidupan berkualiti untuk masa depan yang cerah. Sejak program ini dijalankan pada tahun 1986, Islamic Relief secara keseluruhan telah menaja lebih daripada 68,000 anak yatim manakala melalui Islamic Relief Malaysia sahaja, sebanyak 973 anak yatim di 23 buah negara telah ditaja.

Dengan sokongan anda secara bulanan, setiap anak yatim yang ditaja ini bakal mendapat manfaat yang sebaiknya meliputi aspek pemakanan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, pendidikan dan sokongan emosi. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada anak yatim yang ditaja, malahan secara tidak langsung, ia juga membantu dan memanfaatkan ahli keluarga mereka yang lain.

 

Pakej Penajaan Al Yateem

Komitmen minimum adalah selama 24 bulan (2 tahun)

Kumpulan A

RM 160
Sebulan
  • RM1,920.00 Setahun
  • Afghanistan, Bangladesh, Chechnya, Ethiopia, India, Kenya, Mali, Niger, Somalia, Afrika Selatan, Sri Lanka, Sudan, Yaman

Kumpulan B

RM 190 Sebulan
  • RM2,280.00 Setahun
  • Albania,
    Indonesia, Iraq,
    Pakistan

Kumpulan C

RM 230 Sebulan
  • RM2,760.00 Setahun
  • Bosnia, Lebanon, Jordan, Kosova,
    Palestin (Tebing Barat),
    Palestine (Gaza)

Bantuan Islamic Relief

Makanan

Penjagaan Kesihatan

Perlindungan Tempat Tinggal

Bantuan Persekolahan & Keselamatan

Impak Bantuan Penajaan Al Yateem

Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.”

[Hadis Riwayat Ahmad]

KISAH ANAK YATIM

Kisah Anak Yatim Bercita-cita Menjadi Doktor

Hadeel, salah seorang anak yatim yang menerima sumbangan daripada Islamic Relief Palestine. Hadeel seorang kanak-kanak yang baik, sangat menghormati orang tua dan disenangi rakan-rakannya. Hadeel juga sangat rajin melakukan kerja-kerja rumah bagi meringankan beban ibunya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email