Menu
Dan mereka bertanyakan kepadamu (wahai Muhammad) tentang anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan. Dan jika kamu bergaul dengan mereka, maka mereka adalah saudaramu.
[Surah Al-Baqarah: 220]
Masa Depan Anak Yatim
Setiap kanak-kanak berhak mendapat permulaan yang positif dalam kehidupan. Setiap hari, jutaan kanak-kanak di seluruh dunia perlu berhadapan dengan kesukaran yang luar biasa. Mereka terpaksa berjuang untuk bertahan di antara kancah peperangan, bencana, kemarau, kebuluran, atau penyakit, sehingga akhirnya mereka menjadi yatim.
Memperbaiki kualiti kehidupan seharian anak-anak yatim dengan memberi mereka sokongan pendidikan, melindungi mereka daripada penyakit, dan menyediakan akses makanan dan nutrisi yang betul dan mencukupi juga dapat membantu meringankan penderitaan mereka. Paling penting, dengan penyediaan sumber-sumber asas itu, ia dapat memberikan harapan kepada anak-anak yatim untuk memiliki masa depan yang lebih cerah.
Tahukah Anda?
Bantuan Islamic Relief
Islamic Relief Malaysia mengambil inisiatif untuk mengumpul dana sebanyak RM700,000 melalui kempen MyYateem #CareForOrphan untuk membantu anak-anak yatim di seluruh dunia melalui beberapa projek yang akan datang. Di peringkat global, Islamic Relief telah berusaha untuk membantu anak-anak yatim di lebih daripada 20 negara termasuk Palestin, Bosnia & Herzegovina, Somalia, Yemen, dan Indonesia selama lebih dari 30 tahun dan menyantuni puluhan ribu anak yatim.
Pakej Sumbangan MyYateem
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah SWT memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia mengerjakan dosa yang tidak dapat diampuni.”
[Hadis Riwayat At-Tirmizi]
PROGRAM
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sambutan Hari Anak Yatim yang dijalankan di Palestin pada tahun 2018 bagi menyantuni lebih 150 kanak-kanak dengan tema “My Day: Happy Day”.
MAYBANK ISLAMIC | 5621 4270 8704 | |||
MBSB BANK | 1005 0251 0000 0166 | |||
BANK ISLAM | 1202 9010 0656 43 | |||
BANK RAKYAT | 1108 0100 0035 | |||
CIMB ISLAMIC | 8602 0738 18 | |||
AFFIN ISLAMIC | 1067 1000 2784 |
IRM Server | |
Extra-net | |
Staff Mail | |
IR Digital |
Hak cipta © Islamic Relief ™ Malaysia 2019 version 1.0.0 | Nombor Pendaftaran Syarikat: 657354-W. Malaysia Office: A-05-01, Paragon Point, Jalan Medan PB5, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia. | |
Penafian: Islamic Relief Malaysia tidak bergabung dengan mana-mana laman web luar. Islamic Relief Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman Internet luaran dan sebarang pautan dari laman web luar ke laman web ini yang bukan merupakan laman web Islamic Relief Malaysia. Hak cipta terpelihara. Setiap sumbangan dalam talian akan dikenakan caj sebanyak 1.7% (untuk kad kredit / debit), atau 1.7% atau RM 0.60 yang mana lebih tinggi (untuk pembayaran melalui Perbankan Internet). Setiap sumbangan tidak mendapat resit Pengecualian Cukai. Kami menghargai sokongan berterusan anda dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. |