
Jika kita membantu anak yatim, kita bukan sahaja memberi mereka hadiah atau sumbangan, tetapi kita juga memberikan mereka peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.
Kita yang harus merapatkan jurang dalam kehidupan anak yatim dan memberitahu bahawa mereka tidak keseorangan.
Tidaklah nilai yang sedikit itu kecil di mata mereka yang memerlukan.
Tidaklah sumbangan yang sedikit itu kecil di sisi Allah SWT.
Sabda Nabi SAW: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua jari baginda SAW iaitu jari telunjuk dan jari tengah.”



Tahukah Anda?
- Terdapat sekurang-kurangnya 140 juta anak yatim di seluruh dunia.
- Angka ini semakin meningkat disebabkan peperangan, bencana alam, wabak penyakit, kemiskinan dan perpindahan beramai-ramai.
- 1 juta anak yatim kehilangan kedua-dua ibu bapa.
- 61 juta anak yatim berada di kawasan Asia, 52 juta di Afrika, 10 juta di Amerika Latin dan Caribbean manakala 7.3 juta lagi di Eropah Timur dan Asia Tengah.
- Hampir 10,000 kanak-kanak menjadi anak yatim setiap hari.
- 1 daripada 7 anak yatim dan kanak-kanak terbiar di negara miskin terlibat dengan jenayah buruh kanak-kanak.
- Hampir 1 daripada 3 anak yatim di seluruh dunia berada di negara bergolak seperti Syria, Iraq, Turkistan Timur, Somalia, Mali, Sudan, Palestin, Afghanistan, Afrika, Mesir, Kenya, Nigeria, Yaman, Myanmar dan Algeria.
- Anak yatim cenderung berdepan masalah kewangan dan sakit mental atau tekanan emosi.
- Anak yatim sukar mendapat peluang pendidikan kerana membantu keluarga meskipun di usia masih kecil.
- Salah satu masalah paling serius yang dihadapi anak yatim, sukar bergaul dan suka menyendiri.
- Sekurang-kurangnya 1 daripada 10 pelarian kanak-kanak di dunia merupakan anak yatim.
- Anak yatim yang tinggal di kawasan perang terdedah dengan jenayah pemerdagangan manusia, sindiket jual organ, pelacuran dan peminta sedekah.
Cara Membantu:
Program menyantuni anak yatim yang dijalankan Islamic Relief telah mencipta harapan dan masa depan baru buat anak-anak yatim di lebih 20 buah negara antaranya Palestin, Bosnia Herzegovina, Somalia, Yaman dan Indonesia.
Inisiatif yang dijalankan lebih 30 tahun ini bertujuan membantu anak yatim mendapatkan bekalan makanan, perlindungan, kesihatan, pendidikan juga sokongan moral khususnya bagi anak-anak yang mempunyai sejarah hitam melihat ibu bapa mereka terkorban dalam konflik atau bencana.
MyYateem, #CareForOrphan dengan sasaran sebanyak RM750,000 dijalankan bagi membantu anak-anak yatim melalui beberapa projek yang akan dilaksanakan akan datang.




Bersama kita hulurkan tangan, kembalikan kehidupan mereka.

"Cita-Cita Saya Akhirnya Tercapai."
Ketika usia Fahmi baru sahaja memasuk 10 tahun, bapanya pergi meninggalkan mereka sekeluarga dan ibunya mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga untuk menyara tiga anak-anaknya dengan mengambil upah mengajar.

Amena… Sungguh Mulia Cita-Citamu
“Amena, apabila kamu dewasa kelak, jadilah seorang guru. Ia satu pekerjaan yang terbaik untuk kamu lakukan,” kata ayah Amena.

Jumana Bakal Doktor Di Gaza
Jumana gadis hebat. Tak sangka disebalik kejayaannya, Jumana melalui liku-liku hidup yang mencabar sejak ayahnya meninggal dunia pada waktu dia berusia 11 tahun.