Libya Emergency Appeal

Krisis di Syria telah memasuki tahun ke-9. Dan selama itulah rakyatnya menderita kelaparan, ketakutan dan kehilangan. Namun, sejauh mana keadaan di sana menunjukkan tanda-tanda akan pulih?

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kecemasan

LIBYA EMERGENCY APPEAL

Islamic Relief Malaysia telah melancarkan kempen “Libya Emergency Appeal” dengan sasaran awal RM200,000.

Islamic Relief menyeru anda semua untuk sama-sama membantu penduduk terjejas di sana.

Angka korban di Libya sudah meningkat kepada 11,300 orang dan 10,100 lagi masih dilaporkan hilang.

Lebih 30,000 penduduk hilang tempat tinggal disebabkan tragedi yang melanda.

Ketua Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) di Libya melaporkan angka korban sangat besar.

Menurut kakitangan Islamic Relief di lapangan pula, mayat bergelimpangan di merata tempat dan baunya sangat kuat. Situasi di sana sangat dahsyat.

Banjir besar yang berlaku selepas dua empangan pecah, ekoran hujan lebat yang dibawa Taufan Daniel di wilayah terbabit, telah menghanyutkan seluruh kawasan itu dan memusnahkan rumah, jambatan serta jalan-jalan utama.

Bah besar yang membadai Derna diibaratkan seperti ‘tsunami’.

Ada sesetengah tempat dilaporkan terputus hubungan dan gagal diakses.

Benghazi, Soussa dan Al-Marj antara kawasan yang terbabit dalam tragedi ini. Puluhan ribu orang orang terjejas, dan ramai yang hilang tempat tinggal.

Terkini, Islamic Relief sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Bulan Sabit Merah dan pihak berkuasa tempatan bagi mengenalpasti kawasan yang paling teruk terjejas dan yang memerlukan respon segera.

Islamic Relief juga telah mengedarkan bantuan makanan, selimut, tilam dan makanan panas kepada penduduk terjejas di Derna.

Zahirkan keprihatinan anda dengan menyokong kempen “Libya Emergency Appeal” sekarang.

Mereka sangat memerlukan bantuan makanan, tempat tinggal dan sokongan moral daripada kita semua. Sama-samalah kita menyumbang dan membantu bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email