• (+603) 8926 3434
  • Info@Islamic-relief.org.my
  • (+6019) 637 9788
Lebih 500,000 Kediaman Musnah Dan Terjejas Susulan Badai Taufan Nisarga

MUMBAI, 11 Jun 2020 – Lebih 40,000 penduduk di India terpaksa dipindahkan manakala lebih 500,000 kediaman pula dilaporkan musnah dan terjejas susulan badai Taufan Nisarga yang melanda negara itu pada 3 Jun lalu.

Kawasan yang paling terkesan teruk ialah Raigad, Ratnagiri dan Sindhudurg.

Kerosakan turut berlaku di sepanjang jalan raya di kawasan Maharashtra selain turut mengakibatkan bekalan elektrik dan talian komunikasi terputus.

Antara keperluan mendesak yang diperlukan ketika ini ialah bantuan makanan dan perlindungan.

Pihak berkuasa tempatan sedang mengawal ketat pergerakan penduduk setempat khususnya di Maharashtra memandangkan kawasan itu mempunyai kes positif Covid-19 paling tinggi di India.

Islamic Relief India pula sedang bekerjasama rapat dengan NGO tempatan dalam merangka pelan bantuan kecemasan untuk penduduk terjejas berdasarkan penilaian keperluan semasa.