• (+603) 8926 3434
  • Info@Islamic-relief.org.my
  • (+6019) 637 9788

Rayuan Palestin

Sejak tahun 1948 lagi, penduduk Palestin  telah menderita akibat peperangan yang tidak berkesudahan. Sehingga hari ini, ada sahaja berita kematian rakyat Palestin yang kedengaran. Kanak-kanak antara golongan yang paling terkesan dengan konflik ini.

RAYUAN PALESTIN

Sejak tahun 1948 lagi, penduduk Palestin  telah menderita akibat peperangan yang tidak berkesudahan. Sehingga hari ini, ada sahaja berita kematian rakyat Palestin yang kedengaran. Kanak-kanak antara golongan yang paling terkesan dengan konflik ini. Selain dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan di sekolah, catuan makanan yang terjadi juga turut membantut tumbesaran kanak-kanak. Kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Palestin semakin meningkat manakala taraf hidup semakin merosot. Kebanyakan hospital pula terputus bekalan ubat-ubatan dan keperluan lain manakala doktor yang bertugas semakin berkurangan. Apa lagi yang tinggal untuk mereka?

Islamic Relief antara NGO yang aktif menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin. Antara keperluan utama yang menjadi perhatian Islamic Relief adalah bantuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka bersekolah dan juga bantuan perubatan agar hospital-hospital mempunyai bekalan yang mencukupi untuk merawat dan menyelamatkan pesakit.

Islamic Relief telah beroperasi di Gaza sejak tahun 1994 dan memberi bantuan semasa fasa kecemasan kepada ratusan ribu orang meliputi bantuan perubatan, pendidikan, latihan dan sokongan mata pencarian serta kepada pelarian di dalam negara dengan sumbangan makanan, kit kebersihan dan barangan keperluan harian.

Antara bentuk bantuan Islamic Relief di Palestin adalah:

  • Kebajikan Anak Yatim
  • Pendidikan & Perlindungan
  • Program Pengupayaan Belia
  • Kehidupan Mampan
  • Jaringan Keselamatan Sosial
  • Pengurusan Bencana
  • Program Bermusim

Dengan keprihatinan kita, semoga rakyat Palestin dapat bangkit meneruskan kehidupan.