Dariku Untukmu

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kemanusiaan Tanpa Sempadan

Dariku untukmu

Andai dunia bisa bersuara, sudah pasti keluhan berat didengari di sana sini.

Tangisan kelaparan, penderitaan, dan penindasan seakan-akan tidak pernah berhenti. Berdasarkan laporan World Food Program (WFP), enam kanak-kanak maut dalam tempoh seminit akibat kebuluran di seluruh dunia. Angka ini meningkat dari tahun-tahun sebelumnya ekoran peperangan yang berpanjangan, bencana alam serta jurang taraf hidup yang tidak seimbang. Tekanan hebat ini meninggalkan kesan fizikal dan mental khususnya kepada golongan wanita dan kanak-kanak. Trauma, penindasan dan pencabulan hak asasi manusia sering menjadi isu perdebatan namun realiti masih di takuk yang sama.

“Dunia kemanusiaan tiada batasan. Hebatnya impak kemanusiaan mampu mengubah yang hitam menjadi putih, yang kabur menjadi terang, yang gundah menjadi indah..”

Jangan berlengah, sertai Dariku Untukmu…Kemanusiaan Tanpa Sempadan.

Selamatkan Mereka!

Buat insan yang berhati mulia, ketahuilah, Syria, Palestin dan Yemen sedang sengsara. Ayuh bersatu ringankan derita, Bersama Dariku Untukmu, Selamatkan Mereka!

Setitis Harapan

Saudaraku di Bangladesh dan Somalia, tatkala dirimu menelan air tercemar tanpa pilihan, halangan perubatan pula menjerut mengekang rawatan. Sabarlah berjuang untuk kekal bertahan. Akan ada sesuatu Dariku Untukmu...Setitis Harapan.

Langkah Berani

Untuk saudara satu benua yang dekat di hati. Tabahlah dengan ujian yang melanda diri. Yakinlah, setelah hujan pasti kan hadir pelangi nan indah. Sambutlah Dariku Untukmu, bersama kita atur Langkah Berani.