Dariku Untukmu…Setitis Harapan

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Dariku Untukmu...

SETITIS HARAPAN

Bayangkan ketika ini jutaan insan sedang menggadai nyawa demi mendapatkan setitis air bersih.

Hampir 19 juta rakyat Bangladesh tersepit di antara sumber air sungai yang dicemari toksik arsenic dan kolam air yang dipenuhi bakteria. Lain pula kisah saudara-saudara di Somalia yang berdepan dengan kemarau. ‘Hiasan’ tanah merekah terlalu lali buat mereka. Tiada merdu aliran sungai yang mengalir. Secara purata, kanak-kanak, wanita dan para lelaki perlu menggendong tong berwarna kuning dan berjalan selama enam jam untuk mendapatkan air di Afrika.

“Kemiskinan menyukarkan lagi keadaan. Hak saudaraku untuk menikmati sumber alam secara percuma nyata hanya mimpi. Situasi sukar ini membuat diriku terpana.”

Moga ada jalan Dariku Untukmu, saudaraku yang menanti penuh mengharap di sana.

Tabahkan diri dan jangan berputus asa dengan kami di sini.

Akan kami hadirkan Setitis Harapan buat saudaraku yang diuji.

PROJEK BANTUAN ISLAMIC RELIEF 

Bantuan Telaga Air di Malawi

Malawi adalah salah sebuah negara Afrika yang masih mundur. Dianggarkan 16 juta penduduknya menjalankan aktiviti pertanian sebagai punca pendapatan. Kira-kira 66.7% penduduknya hidup dalam keadaan miskin. Bagi kawasan pedalaman khususnya di selatan Malawi, angka kemiskinan meningkat lebih tinggi.

Bantuan Kecemasan Pelarian di Ethiopia

Konflik di antara etnik Oromo dan komuniti Somalia di Ethiopia berlaku ketika kemarau melanda negara itu kerana perbalahan dalam mendapatkan sumber air serta makanan bagi haiwan ternakan mereka. Pergaduhan yang tercetus mengakibatkan ramai orang menjadi pelarian di kedua-dua wilayah sejak 2015.