Dariku Untukmu…Selamatkan Mereka!

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Dariku Untukmu...

SELAMATKAN MEREKA!

Konflik dan bencana alam semakin rancak mengancam nyawa manusia di seluruh dunia.

Buktinya,  jutaan rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk meneruskan kehidupan selepas hampir 11 tahun terjerat dalam konflik peperangan. 8.5 juta penduduk di sana sedang menggigil kelaparan.  Di Yemen pula, kira-kira 85, 000 kanak-kanak di bawah lima tahun berada di ambang maut kerana masalah kebuluran manakala lebih 1 juta kanak-kanak di Palestin mengharapkan bantuan kemanusiaan untuk terus hidup.

Di mana bahagia saat saudaraku tidak sesaat pun mampu melelapkan mata, sedangkan diriku terlena dengan nikmat dunia. Maafkan kami kerana rancak merancang masa depan sedang kalian di sana tidak tahu apa yang terhidang untuk hari esok.

“Wahai saudaraku, sedarkan kami dari mimpi, maafkan kami atas kelalaian selama ini. Hari ini, tika ini, kami berjanji rezeki yang ada akan kami kongsi… ikhlas buat saudaraku yang sedang diuji.”

Sedikit ingatan Dariku Untukmutak dapat menandingi nilai sebuah nyawa.

Buat masyarakat yang prihatin, sekecil manapun sokongan diberi… ia mampu Selamatkan Mereka!

PROJEK BANTUAN ISLAMIC RELIEF

Bantuan Kecemasan Lombok 2018

Tahun 2018 meninggalkan memori tragis kepada penduduk di kepulauan Lombok apabila berlaku 3 siri gempa bumi melanda kawasan itu hingga mengakibatkan 564 orang terkorban dan 149,715 rumah musnah.