Dariku Untukmu…Selamatkan Mereka! LUBNAN

Sejak tahun 1948 lagi, penduduk Palestin  telah menderita akibat peperangan yang tidak berkesudahan. Sehingga hari ini, ada sahaja berita kematian rakyat Palestin yang kedengaran. Kanak-kanak antara golongan yang paling terkesan dengan konflik ini.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Dariku Untukmu...Selamatkan Mereka!

LUBNAN

Insiden Letupan Pelabuhan Beirut

Pada 4 Ogos 2020, dunia dikejutkan dengan insiden letupan di sebuah gudang di Pelabuhan Beirut, Lubnan dengan kekuatan gegaran berukuran 4.5 skala Richter sekitar jam 6 petang waktu tempatan.

Letupan besar yang membawa kepada kepulan asap tebal serta api marak menjulang di langit telah mengorbankan ratusan nyawa, mengakibatkan ribuan orang tercedera, menyebabkan hampir setengah juta penduduk kehilangan tempat tinggal, dan ratusan lagi dilaporkan hilang hingga menimbulkan kebimbangan terhadap jumlah kematian yang bakal meningkat dalam usaha mencari dan menyelamat yang masih giat dijalankan.

Letupan tersebut telah menggegarkan dan memusnahkan sktruktur bangunan, memecahkan tingkap menjadi serpihan, dan merosakkan kenderaan. Hospital di Beirut kini sudah tidak dapat menampung keseluruhan penduduk yang cedera, justeru pesakit terpaksa dipindahkan ke Tripoli yang terletak 50 batu di sebelah utara Beirut untuk mendapatkan rawatan.

Letupan yang boleh dirasai dan didengari sehingga ke kawasan Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer daripada lokasi kejadian didakwa berpunca daripada sebuah gudang yang menyimpan 2,750 metrik tan ammonium nitrat yang biasanya digunakan sebagai baja pertanian.

Situasi di Lubnan

Perang saudara di Beirut telah tamat tiga dekad yang lalu, namun kota ini masih mengalami krisis ekonomi dan lonjakan kes pandemik COVID-19. Sistem penjagaan kesihatan yang serba kekurangan bertambah sukar apabila terpaksa beroperasi dengan penurunan kapasiti setelah empat hospital musnah dalam kejadian letupan itu.

 

Lubnan berdepan krisis ekonomi terburuk sehingga menyebabkan hampir separuh daripada populasi penduduknya hidup dalam kemiskinan, pengangguran melonjak pada kadar yang sangat membimbangkan, inflasi, dan penurunan nilai mata wang. Kemusnahan pelabuhan Beirut bakal merencatkan kegiatan import untuk mendapatkan bekalan keperluan asas.

 

Dianggarkan, setengah juta kanak-kanak di Beirut berjuang untuk hidup ekoran kekangan keluarga mereka untuk menyediakan keperluan asas seperti makanan, elektrik, bahan bakar untuk memasak, kit kebersihan, ubat-ubatan, dan air. Kini, Lubnan menjangkakan krisis kebuluran.

Bantuan Islamic Relief Lebanon

Pakej Bantuan Islamic Relief

Snek Sedia Dimakan

RM 25
  • Snek makanan untuk seorang

Bahan Bakar Generator

RM 160
  • Bahan bakar untuk 1 pusat kesihatan selama 1 jam

Kit Perlindungan COVID-19

RM 185
  • Kit perlindungan untuk satu keluarga

Pek Makanan
Asas

RM 200
  • Pek makanan untuk satu keluarga

Perlindungan 1 Keluarga

RM 500
  • Set perlindungan untuk 1 keluarga (tarpaulin/selimut)

Mengenai Islamic Relief Lebanon

Islamic Relief mula beroperasi di Lubnan pada tahun 2006 dengan menghulurkan bantuan kecemasan seperti makanan, bekalan air bersih dan barangan keperluan asas kepada mereka yang terjejas akibat perang Lubnan.

Selepas konflik peperangan kembali reda, Islamic Relief meneruskan usaha bantuan kemanusiaan dengan memberi tumpuan kepada kawasan pedalaman di sepanjang perbatasan selatan. Selain membina semula hospital dan memperbaiki kemudahan air yang rosak, Islamic Relief turut melaksanakan projek kehidupan mampan bagi membina semula kehidupan penerima manfaat yang kehilangan sumber pencarian.

Islamic Relief Lebanon turut membantu para pelarian yang kini mencatatkan jumlah seramai 1.5 juta orang pelarian Syria dan lebih 300,000 orang pelarian Palestin.