• (+603) 8926 3434
  • Info@Islamic-relief.org.my
  • (+6019) 637 9788

Dariku Untukmu…Selamatkan Mereka! YAMAN

Sejak tahun 1948 lagi, penduduk Palestin  telah menderita akibat peperangan yang tidak berkesudahan. Sehingga hari ini, ada sahaja berita kematian rakyat Palestin yang kedengaran. Kanak-kanak antara golongan yang paling terkesan dengan konflik ini.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Dariku Untukmu...Selamatkan Mereka!

YAMAN

Keprihatinan anda mampu menyelamatkan satu nyawa.

RM10

RM50

RM100

RM200

OTHER

Yaman Perlu Bantuan Antarabangsa

Konflik bersenjata sejak tahun Mac 2015 telah melumpuhkan Yaman sehingga digambarkan sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia dalam tempoh satu abad oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Yaman kini menduduki tangga pertama dalam senarai negara paling miskin di Timur Tengah. Konflik berpanjangan ini meninggalkan trauma dan kesan buruk kepada orang awam terutama kanak-kanak.

Fakta dan Info Krisis

  • Dianggarkan 100,000 orang termasuk kanak-kanak maut atas sebab-sebab tertentu, namun angka sebenar jauh lebih tinggi.
  • Lebih 3 juta orang terpaksa melarikan diri dari kediaman mereka dan hidup dalam keadaan yang sukar.
  • Kegagalan sistem kumbahan menyebabkan 17.8 juta orang memerlukan bekalan air bersih dan sanitasi.
  • 3 juta kanak-kanak, wanita hamil dan wanita menyusu kekurangan zat makanan.
  • Konflik tersebut mengakibatkan 20.1 juta orang berada dalam kelaparan setiap hari.
  • Wabak kolera yang berterusan dan wabak pandemik Covid-19 menimbulkan ketakutan kepada orang ramai dan memperburuk konflik sehingga menjejaskan sistem penjagaan kesihatan, (ada yang terpaksa menghentikan sementara operasi kerana serangan udara). Kesan daripada itu, 19.7 juta orang memerlukan penjagaan kesihatan asas.
  • Berjuta-juta orang berada di ambang kebuluran dan tidak mempunyai keperluan asas yang mencukupi.
  • Dianggarkan 24 juta orang, yang terdiri daripada lebih daripada dua pertiga atau 80% penduduk bergantung pada pelbagai bantuan kemanusiaan.
  • Keperluan mendesak khususnya adalah bekalan makanan, minuman, kit kebersihan dan sanitasi, penjagaan kesihatan, dan peralatan perubatan.

Bantuan Islamic Relief

Melalui kempen rayuan kecemasan Islamic Relief (Dariku Untukmu … Selamatkan Mereka!), kami bekerjasama secara global bersama rakan-rakan Islamic Relief untuk menyelamatkan nyawa di seluruh Yaman.

  • Islamic Relief beroperasi di seluruh Yaman, dengan lebih daripada 200 kakitangan, dan 2,000 sukarelawan.
  • Ketika krisis kebuluran dan konflik berlaku, Islamic Relief telah mengagihkan bantuan makanan kecemasan kepada lebih 2.5 juta orang, menyediakan kit kebersihan, peralatan perubatan, dan bekalan kesihatan ke 45 pusat kesihatan.
  • Mengedarkan bekalan air minum kepada 10,000 individu yang memerlukan.
  • Islamic Relief memberi bantuan kelengkapan kepada 21 hospital dan klinik di seluruh negara untuk merawat orang yang cedera, sakit, dan kekurangan gizi.
  • Islamic Relief kini memperkasa usaha untuk mencari sokongan terhadap hal-hal berkaitan dengan kesihatan di Yaman bagi mempertingkat langkah pencegahan dan membina kapasiti pusat perubatan kerana wabak Covid-19 telah merebak ke penempatan kota.

Kelangsungan hidup manusia adalah bukti perpaduan global.

Mengenai Islamic Relief Yaman

Islamic Relief mula beroperasi di Yaman sejak tahun 1998 dan mempunyai sebuah pejabat berdaftar pada tahun 2003. Bantuan dan program mula dipertingkatkan dengan ketara berikutan peningkatan konflik pada bulan Mac 2015.

Islamic Relief beroperasi di 19 daripada 22 wilayah kerajaan, menyampaikan bantuan ke pelbagai kawasan yang sukar diakses. Islamic Relief mempunyai pejabat utama di ibu kota, Sana’a, serta lapan sub-pejabat di Dhamar, Amran, Aden, Taiz, Hodeida, Saada, Maarib dan Rymah.

Bantuan kecemasan dan pembangunan yang dilaksanakan Islamic Relief termasuk bantuan makanan, air dan sanitasi, penjagaan kesihatan, penajaan anak yatim dan latihan vokasional untuk belia telah memberi manfaat kepada berjuta-juta orang selama tiga tahun terakhir.