Dariku Untukmu

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Kemanusiaan Tanpa Sempadan

Dariku untukmu

Andai dunia bisa bersuara, sudah pasti keluhan berat didengari di sana sini.

Tangisan kelaparan, penderitaan, dan penindasan seakan-akan tidak pernah berhenti. Berdasarkan laporan World Food Program (WFP), enam kanak-kanak maut dalam tempoh seminit akibat kebuluran di seluruh dunia. Angka ini meningkat dari tahun-tahun sebelumnya ekoran peperangan yang berpanjangan, bencana alam serta jurang taraf hidup yang tidak seimbang. Tekanan hebat ini meninggalkan kesan fizikal dan mental khususnya kepada golongan wanita dan kanak-kanak. Trauma, penindasan dan pencabulan hak asasi manusia sering menjadi isu perdebatan namun realiti masih di takuk yang sama.

“Dunia kemanusiaan tiada batasan. Hebatnya impak kemanusiaan mampu mengubah yang hitam menjadi putih, yang kabur menjadi terang, yang gundah menjadi indah..”

Jangan berlengah, sertai Dariku Untukmu…Kemanusiaan Tanpa Sempadan.

SEKTOR BANTUAN

Kecemasan

Air, Sanitasi & Kebersihan

Kehidupan Mampan

Selamatkan Mereka! [Kecemasan]

Ringankan penderitaan mereka yang sedang menghadapi kancah peperangan dan lain-lain bencana seperti di Syria, Palestin, Yaman dan lain-lain.

Air, Sanitasi & Kebersihan

Islamic Relief melaksanakan projek-projek bantuan air terutama di negara-negara yang memerlukan dan mengalami kemarau seperti Somalia, Bangladesh dan lain-lain.

Kehidupan
Mampan

Projek kehidupan mampan dijalankan bagi memastikan kelangsungan hidup penerima manfaat di negara-negara seperti Syria, Indonesia, Filipina dan lain-lain.

PROJEK BANTUAN ISLAMIC RELIEF 

Bantuan Telaga Air di Malawi

Malawi adalah salah sebuah negara Afrika yang masih mundur. Dianggarkan 16 juta penduduknya menjalankan aktiviti pertanian sebagai punca pendapatan. Kira-kira 66.7% penduduknya hidup dalam keadaan miskin. Bagi kawasan pedalaman khususnya di selatan Malawi, angka kemiskinan meningkat lebih tinggi.

Bantuan Kecemasan Pelarian di Ethiopia

Konflik di antara etnik Oromo dan komuniti Somalia di Ethiopia berlaku ketika kemarau melanda negara itu kerana perbalahan dalam mendapatkan sumber air serta makanan bagi haiwan ternakan mereka. Pergaduhan yang tercetus mengakibatkan ramai orang menjadi pelarian di kedua-dua wilayah sejak 2015.