Di sebalik keindahan putih salju yang diimpikan oleh kebanyakan orang, tersingkap penderitaan buat mereka yang perlu berhadapan dengan ancaman cuaca sejuk melampau.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
#SetitisHarapan

Dana Wakaf Sistem Air (DWAS)

WAKAF BEKALAN AIR BERSIH

BANGLADESH

RM 590 Satu Lot
  • 30 Telaga Tiub
  • Membantu 1,800 Penduduk

SOMALIA

RM 100 Satu Lot
  • 1 Kompleks Bekalan Air Bersih
  • Membantu 3,200 Penduduk

SEDEKAH DWAS

RM 10 Minimum
  • Sumbangan Serendah RM10
  • Projek Bekalan Air Bersih

#setitisharapan

Umum mengetahui, manusia tidak boleh bertahan untuk hidup tanpa air, tetapi sebenarnya kita bukan hanya memerlukan air semata-mata.

Kita memerlukan AIR yang BERSIH & SELAMAT untuk digunakan.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), 8 daripada 10 orang penduduk di kawasan luar bandar mengalami masalah kekurangan akses air bersih untuk diminum, dan 9 daripada 10 orang yang mengamalkan pembuangan najis secara terbuka juga dalam kalangan penduduk di kawasan luar bandar.

Jika situasi ini terus berlarutan, berbilion-bilion kanak-kanak dan keluarga rentan akan hidup dalam keadaan lebih kritikal di masa akan datang.

Tahukah Anda?

  • 2.2 bilion penduduk di seluruh dunia masih tidak mempunyai akses air bersih untuk diminum. (UNICEF)
  • 3.4 juta orang maut setiap tahun disebabkan penyakit bawaan air. (WHO)
  • Setiap hari, lebih 1,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun maut akibat penyakit yang berpunca daripada sumber air kotor. (UNICEF)
  • Menjelang 2040, dijangka hampir 1 daripada 4 kanak-kanak akan tinggal di kawasan yang mempunyai masalah air kritikal. (UNICEF)

Kita Perlu Bertindak Segera

Menyedari akan kepentingan bantuan menerusi sektor air, sanitasi dan kebersihan (WASH), Islamic Relief Malaysia ingin mengajak anda semua menyokong usaha kami bagi membekalkan sumber air bersih di Somalia dan Bangladesh menerusi kempen Dana Wakaf Sistem Air (DWAS).

Projek dengan tema #setitisharapan ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM700,000.

Selain membantu membekalkan sumber air bersih, Islamic Relief turut memberikan latihan pengurusan dan mewujudkan jawatankuasa bagi menyelaras dan menjaga kemudahan yang telah disediakan agar kemudahan ini dapat memberi manfaat untuk tempoh yang panjang.

SOMALIA

Di Somalia, Islamic Relief telah merangka plan pembinaan Kompleks Sistem Bekalan Air Somalia dengan sasaran pengumpulan dana khusus sebanyak RM500,000.

Sebanyak 5,000 lot wakaf ditawarkan menerusi projek ini dengan harga satu lot RM100.

BANGLADESH

Di Bangladesh pula, Islamic Relief menyasarkan pembinaan 30 telaga tiub. Satu telaga tiub berharga RM7,080 dan terhad kepada 12 penama atau lot bagi setiap telaga.

Sebanyak 360 lot wakaf ditawarkan menerusi projek ini dengan harga satu lot RM590.

Kelebihan bagi anda yang menyertai pembelian lot wakaf untuk projek Telaga Tiub di Bangladesh adalah senarai penama akan diletakkan di plat telaga tiub yang dibina.

SENARAI PROJEK AIR, SANITASI & KEBERSIHAN
ISLAMIC RELIEF

Jangan lepaskan peluang untuk mendapat pahala berterusan daripada harta yang diwakafkan selagi mana ia kekal dan memberi manfaat.

Jalan kaki 20 kilometer angkut air? Jauh tu…

“Susah sangat hidup dalam keadaan kemarau. Di kawasan ini tiada telaga air. Saya terpaksa berjalan kaki sejauh 20 kilometer untuk mendapatkan air,” luah Dahabo Mahmud Wa’ays yang tinggal di Kampung Abdigedi, Awdal, Somalia.

“Kehidupan kami semakin hari semakin memburuk.”

“Dahulu, ada sebuah empangan besar di kampung ini. Ia dapat membekalkan air kepada penduduk setempat selama lebih enam bulan. Namun kini, empangan tersebut sudah kering-kontang.

Terpaksa meminjam demi sesuap makanan

“Kami tidak mempunyai kemudahan air bersih. Kami juga sering mengalami masalah kekurangan makanan. Biasanya, jika tiada langsung makanan, kami akan cuba meminjam daripada jiran. Kehidupan kami sangat sukar kerana kami tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Kejayaan Projek Air Untuk Penduduk Terjejas Gempa Bumi Di Sulawesi Barat Hasil Sumbangan RAKYAT MALAYSIA

“Dahulu, kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan air. Kami perlu berjalan kaki, menyeberangi sungai, beratur dan menunggu lama kerana sumber air yang mengalir dari sungai tersebut sangat perlahan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email