Box of Kindness 2020

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Bantuan Pek Makanan

Box of Kindness 2020 [BOK 2020]

Peka terhadap kehidupan keluarga dan kanak-kanak yang kurang berkemampuan, tahun ini, sekali lagi Islamic Relief Malaysia meneruskan kerjasama kemanusiaan bersama Omar & Hana, sebuah siri animasi Islam kanak-kanak melalui kempen Box of Kindness 2020 (BOK 2020).

BOK 2020 menyasarkan jumlah kutipan dana sebanyak RM500,000 bagi membantu penerima manfaat di 32 buah negara menerusi bantuan projek kemanusiaan.

Di kebanyakan negara miskin, isu kelaparan bukan lagi sesuatu yang baharu. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kira-kira 10 peratus penduduk dunia hidup dalam kemiskinan yang melampau dan berjuang untuk memenuhi keperluan paling asas termasuklah makanan.

BOK 2020 bertujuan untuk meringankan beban golongan rentan agar mereka dapat merasai kenikmatan sama sepertimana insan lain. Kerjasama antara Islamic Relief Malaysia dan Omar & Hana telah bermula sejak tahun 2019 menerusi kempen Box of Kindness with Omar & Hana yang berjaya mengumpul jumlah dana sebanyak RM57,314 bagi agihan di dalam dan juga luar negara.

PAKEJ BANTUAN BOK 2020