Access to safe water and hygiene promotion is very hard in some areas in the central part of Bangladesh due to its geographical characteristics. Possibility of hard soil, stone, rock, arsenic and iron contamination in the area is very high. Most of the people are poor in terms of their socioeconomic condition. Installation of a safe water facility is very hard for the community. As a result, water borne diseases, malnutrition are high.

On the other hand, poor hygiene and sanitation conditions in Bangladesh are, among others reflected in some facts like; Poor hygiene practices are still prevalent in the rural areas.  Bangladesh has achieved a remarkable success in providing access to drinking water for its rural population and by the end of the last millennium nearly 97% of the people were believed to be served by about 11 million hand tube-wells.

Dana Wakaf Air Somalia 2.0

[DWAS 2.0]

PENGENALAN

Air merupakan keperluan asas bagi kehidupan seharian. Tahukah anda? 70 peratus daripada badan kita terdiri daripada air. Tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan. Selain itu, air juga diperlukan untuk membekalkan nutrien, bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, menjadi agen pembuang bahan toksik dan bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ kita.

Apakah yang terjadi jika badan kita tidak mendapat air yang secukupnya serta tidak mendapat akses air yang bersih? Berikut merupakan simptom-simptom awal yang boleh terjadi, antaranya:

  • Dehidrasi
  • Menganggu kekuatan otot, sendi dan suhu tubuh badan
  • Menganggu sistem imunisasi badan
  • Sembelit atau konstipasi
  • Penyakit sehingga boleh membawa maut

Simptom-simptom ini adalah realiti yang dihadapi oleh 6.5 juta rakyat Somalia. Kekurangan sumber air, air yang tercemar serta ditambah lagi dengan kemarau yang berpanjangan memaksa 1.5 juta rakyat Somalia menjadi pelarian di negara sendiri.

Atas dasar keprihatinan, Islamic Relief Malaysia (IRM) & Islamic Relief Somalia (IRS) menyahut seruan kemanusiaan untuk menamatkan kesengsaraan penduduk di Somalia menerusi kempen Dana Wakaf Air Somalia (DWAS). DWAS merupakan projek yang membina Telaga Air dengan sistem pengairan yang sistematik dan mampu menampung keperluan asas rakyat Somalia. Hasil pembinaan telaga dan infrastruktur yang lengkap, rakyat Somalia, kanak-kanak, kaum wanita dapat menikmati bekalan air bersih, selamat dan tidak perlu berjalan jauh bagi mendapatkan air. Malah, haiwan-haiwan ternakan dan tanaman-tanaman juga mendapat manfaat yang sama.

DWAS 1.0 telah berjaya dibina pada tahun 2017 hasil sumbangan rakyat Malaysia dengan kutipan dana sebanyak RM1.9 juta melepasi sasaran awal sebanyak RM1.5 juta. Dua unit telaga air, Maqar Areys dan Waberi Star yang terletak di daerah Balcad, Shabelle Tengah, Somalia berjaya disiapkan pada tahun 2018 dan memanfaatkan 60,000 penerima manfaat di daerah tersebut.

Kini, Dana Wakaf Air Somalia 2.0 kembali lagi dengan tujuan yang sama tetapi untuk membantu rakyat Somalia di daerah yang berbeza iaitu di wilayah Nugaal, Puntland. Wilayah ini mempunyai anggaran populasi seramai 516,749 penduduk di mana akses mendapat air amat sukar. DWAS 2.0 akan membina dua buah telaga di Puntland dengan anggaran membantu lebih kurang 10,000 penerima manfaat dan menamatkan kesengsaraan mereka akibat kemarau.

Ayuh rakyat Malaysia membantu penduduk di Puntland dengan sasaran sebanyak RM3.3juta menerusi butang menyumbang di bawah.

PENERIMA MANFAAT

Lebih dari 10,000 penerima manfaat yang akan dibantu

LOKASI

Wilayah Nugaal, Puntland

DANA YANG DIPERLUKAN

RM3,300,000