Banjir Jejas Bihar dan Uttar Pradesh, India

PATNA, 3 Okt. 2019– Monsun barat daya yang bermula 1 September lalu telah mengakibatkan banjir dan menjejaskan Bihar dan Uttar Pradesh, India.

35 kematian dilaporkan di Bihar, manakala daripada 14 daerah yang terjejas, ibu negeri Patna dicatatkan kawasan yang terjejas teruk.

Di Uttar Pradesh, 111 kematian direkodkan manakala di Ballia, seramai 900 bantuan terpaksa di pindahkan dari penjara untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka selepas air hujan memasuki ruang penjara.

Tahap amaran di kedua-dua negeri telah dikeluarkan memandangkan 1.5 juta populasi terjejas di Bihar dan 2 juta populasi terjejas di Uttar Pradesh.

Jabatan Meteorologi India (IMD) berkata, musim tengkujuh kali ini yang paling teruk sejak tahun 1994.

Islamic Relief sedang memantau keadaan di sana dan berkerjasama dengan organisasi kemanusiaan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.