Banjir Asia Selatan Makin Getir

Banjir yang berlaku akibat hujan monsun dan tanah runtuh telah meragut lebih 100 nyawa di rantau Asia Selatan pada minggu ini, menyebabkan puluhan ribu pelarian dan jutaan populasi terjejas. Walaupun hujan telah berhenti di Nepal pada hari ini, hujan lebat dijangka berterusan di India, Bangladesh dan Pakistan.

Di Bangladesh hampir 1.5 juta penduduk di 16 kawasan terjejas ditenggelami oleh hujan lebat serta dibanjiri oleh sungai yang melimpah. Aras sungai dijangka akan terus meningkat dan negara itu terpaksa berhadapan dengan hujan lebat berterusan. Lebih 200,000 penduduk telah dipindahkan dan sekurang-kurangnya 29 maut dari kejadian itu.

Kejadian terburuk di Nepal setakat ini, dengan kematian seramai 78 orang, 30 orang telah dirawat dan lebih 1,100 telah diselamatkan dari kawasan yang terjejas. Anggaran seramai 10,000 penduduk akan dipindahkan. Infrastruktur utama masih tersekat dan talian komunikasi terputus.

Demikian yang berlaku di Pakistan, pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 18 maut dan lebih daripada 50 penempatan musnah akibat banjir kilat yang berlaku. Talian komunikasi mengalami gangguan dan beberapa tempat yang terjejas hanya dapat diakses melalui helikopter sahaja.

Manakala banjir di India meragut 29 nyawa di Bihar dan Assam. Menurut pihak berkuasa India, lebih 6.7 juta penduduk terjejas dengan keadaan yang berlaku.

Islamic Relief (IR) Bangladesh, Nepal, dan Pakistan sedang terlibat dengan START Network dan akan memberitahu perkembangan semasa kepada rakan IR dari segi bantuan kecemasan yang diperlukan. Setakat ini, tiada lagi operasi daripada IR India sama ada secara langsung atau melalui rakan kerjasama di Assam. Walaubagaimanapun, IR India tetap akan mengawasi situasi di tempat kejadian.