Anak Yatim

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Sayangi Anak Yatim

ANAK YATIM

PRIHATIN ANAK YATIM

Anak yatim didefinasikan sebagai anak yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan meninggal dunia, tidak diketahui, atau telah meninggalkannya secara kekal. Terdapat banyak sebab mengapa anak-anak menjadi yatim dan ia merangkumi kesihatan orang tua, dengan 17.9 juta anak-anak menjadi yatim piatu kerana HIV atau AIDS, kekurangan sanitasi di banyak negara, dan peningkatan konflik bersenjata.

Terdapat beberapa cabaran dalam menangani keperluan anak-anak yatim. Cabaran utama termasuk memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan, tempat tinggal, dan air. Kebanyakan mereka juga tidak mendapat akses pendidikan yang baik, terdedah dengan isu buruh kanak-kanak, perkahwinan secara paksa, pemerdagangan manusia, kekurangan sokongan masyarakat dan keluarga, serta kehilangan harta benda.

Setiap hari kanak-kanak terabai akibat kerana kemiskinan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dianggarkan 800,000 orang setiap tahun membunuh diri, dengan lebih daripada 75 peratus daripada mereka tinggal di negara berpendapatan rendah atau sederhana.

Cara Membantu?

Melalui pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan Islamic Relief sejak tahun 1986, kehidupan anak-anak yatim ini lebih terbela. Islamic Relief sentiasa berusaha membina masa depan yang lebih cerah dan memberi kegembiraan untuk anak-anak yatim di seluruh dunia. Mereka juga berhak bahagia.

MyYateem

MyYateem

Memperbaiki kualiti kehidupan anak-anak yatim dengan memberi mereka sokongan pendidikan, melindungi mereka daripada penyakit, dan menyediakan makanan yang mencukup dan nutrisi yang betul.
Baca Lanjut

Penajaan Al Yateem

Penajaan Al Yateem

Program Penajaan Al Yateem Islamic Relief dilaksanakan bagi memenuhi keperluan anak yatim secara individu agar mereka dapat menjalani kehidupan berkualiti untuk masa depan yang cerah.
Baca Lanjut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email