DERMA
SEKARANG

Choose Language

HOME
DERMA
SEKARANG

TABUNG RAYUAN KECEMASAN INDONESIA

 

IRM berdukacita dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga dan penduduk yang terjejas akibat tsunami  yang melanda Banten dan Lampung. Islamic Relief (IR) Indonesia sedang berada di lapangan untuk membantu dan memberikan bantuan segera.

 

BANTEN

 

Indonesia diancam dengan tsunami pada 22 Disember 2018 yang meragut ratusan nyawa di Daerah Banten dan Pulau Anyer. Ia dipercayai berlaku akibat letusan Gunung Berapi Krakatau seperti yang dilaporkan oleh Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB).

 

Jalan-jalan di Serang dan Pandagelang mengalami kemusnahan ekoran tsunami yang berlaku di kawasan itu.

 

Situasi itu telah mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat di Banten apabila melihat ombak besar yang menghampiri kawasan mereka. Ribuan penduduk sempat menyelamatkan diri ke kawasan yang lebih tinggi.

 

Islamic Relief (IR) Indonesia kini sedang berada di lapangan dan memberi bantuan kepada mereka yang terjejas. Pejabat IR di Banten akan dijadikan hub operasi.

 

SULAWESI

 

Islamic Relief Indonesia (IR Indonesia) dan rakan kerjasama tempatan, Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU) dan Rumah Zakat (RZ) bersama-sama berganding bahu dalam usaha memberikan bantuan di Donggala dan Palu, di mana kematian semakin meningkat hari demi hari akibat kesan gempa bumi dan tsunami yang menimpa mereka baru-baru ini.

 

Pada 28 Sept. yang lalu, gempa bumi yang berukuran 7.4 magnitud telah mengegarkan daerah Palu dan Donggala, Sulawesi, Indonesia.

 

Lebih daripada 750,000 orang dianggarkan terkesan akibat gempa bumi ini.

 

Tambahan lagi, jalan utama untuk ke Palu telah dihalang akibat tanah runtuh dan jambatan utama juga tidak dapat digunakan lagi. Manakala di Danggala pula tidak dapat dimasuki dan kerosakan yang menimpa daerah itu masih belum dikenalpasti.

 

Ribuan rumah musnah bersama hospital, hotel dan juga pusat beli belah.

 

LOMBOK

 

Pada 29 Julai 2018, kekuatan 6.4 magnitud telah mengegarkan Lombok Utara, dan gegaran ini juga dirasai di negeri jiran, Bali dan Sumbawa.

 

Gempa bumi itu berlaku akibat kegagalan kegiatan Naik Flores Cesar, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

 

Pada 6 Ogos pula, dilaporkan lebih 500,000 orang di Lombok, Indonesia terjejas dalam gempa bumi berukuran 7.0 skala Ritcher.

 

Islamic Relief (IR) dan KONSEPSI, badan bukan kerajaan di Indonesia kini berada di lapangan Lombok Timur untuk melakukan misi menyelamat dan akan meningkatkan kerja-kerja kemanusiaan yang berlaku akibat gempa bumi.