• +60389263434
  • info@islamic-relief.org.my
DONATE
NOW

RAYUAN KECEMASAN BANJIR 2017

 

BANJIR yang melanda Pulau Pinang kini masih berada di tahap merah.

Fenomena ini diakibatkan oleh ‘Taufan Fujiwara’ iaitu dua taufan berbeza melanda kawasan berdekatan dikenal pasti sebagai punca hujan lebat berterusan yang mengakibatkan banjir di Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Pakar Oceonagrafi Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata dua taufan tersebut adalah Taufan Damrey yang melanda Vietnam dan taufan yang lebih kecil di Teluk Siam.

Infografik berikut merungkai penjelasan Sains dan tahap keberkesanan sistem pengurusan bencana bagi menghadapi gelombang kedua dan ketiga fenomena cuaca ini.

Sumber: Astro Awani

***

 

Pulau Pinang, Kedah dan Perak masing-masing mencatat jumlah mangsa banjir yang tinggi sejak beberapa hari lalu. Islamic Relief Malaysia kini melancarkan tabung RAYUAN KECEMASAN BANJIR 2017 bagi membantu mereka yang terkesan.

RM50 untuk satu keluarga meliputi bantuan Makanan Kering, Keperluan Bayi, Kit Kesihatan & Kebersihan Keluarga.

Jom membantu mereka!

 

Jom Derma