Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Menyedari kepentingan pendedahan mengenai aktiviti sukan sunnah, Benua Equestrian Stable dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) bakal menganjurkan Karnival Best – Pertunjukan Berkuda dan Memanah Tradisional pada 20 Oktober 2024 bermula jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari.
Bertempat di Benua Equestrian Stable, UPM, program tersebut menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung seperti pertunjukan berkuda, memanah berkuda, pertunjukan seni memanah tradisional Hungary, pertunjukan tent pegging, hippoteraphy, archery fun shoot, joy ride, horse feeding, pameran, taklimat, dan pelbagai lagi.
Ketua Projek Karnival Best merangkap Pegawai Kanan Bahagian Penjanaan Dana IR Malaysia, Mohd Hafiz Ab Majid berkata, mereka menyasarkan kehadiran seramai 1,500 pengunjung.
“Kami menyeru anda semua untuk menyertai karnival ini dengan tujuan untuk memperkenalkan sukan sunnah memanah dan berkuda disamping beramal untuk membantu golongan kanak-kanak yang memerlukan. “Masuk ke karnival adalah percuma, namun kami menyediakan tempat duduk di bawah khemah yang boleh ditempah melalui pembelian tiket khas untuk pertunjukan berkuda dan memanah tradisional. “Setiap pembelian tiket ini akan menyumbang kepada tabung Charity Week IR Malaysia untuk membantu murid-murid di sekolah pedalaman Sarawak,” katanya.
“Kami menyeru anda semua untuk menyertai karnival ini dengan tujuan untuk memperkenalkan sukan sunnah memanah dan berkuda disamping beramal untuk membantu golongan kanak-kanak yang memerlukan.
“Masuk ke karnival adalah percuma, namun kami menyediakan tempat duduk di bawah khemah yang boleh ditempah melalui pembelian tiket khas untuk pertunjukan berkuda dan memanah tradisional.
“Setiap pembelian tiket ini akan menyumbang kepada tabung Charity Week IR Malaysia untuk membantu murid-murid di sekolah pedalaman Sarawak,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyertai Karnival Best ini boleh mendapatkan tiket menerusi pautan https://bit.ly/KarnivalBEST2024.
Pakej harga tiket adalah mengikut kedudukan tempat duduk iaitu depan (Platinum – RM30), tengah (Gold – RM20) dan belakang (Silver – RM10). Tarikh tutup pembelian tiket ialah pada 18 Oktober 2024 (Jumaat).
Charity Week merupakan sebuah program kebajikan tahunan yang dikendalikan oleh para sukarelawan Islamic Relief bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada projek-projek kemanusiaan Islamic Relief yang memberi fokus kepada bantuan anak yatim dan kanak-kanak kurang berkemampuan di seluruh dunia.
Tahun ini, Charity Week akan berlangsung pada 21 hingga 27 Oktober 2024 dengan tema ‘Keadilan Sosial’.
Pasukan Charity Week IR Malaysia tahun ini menyasarkan kutipan dana sebanyak RM100,000 untuk projek penambahbaikan perpustakaan sekolah dan bantuan keperluan peralatan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit dan Sekolah Kebangsaan Nanga Menyebat, Lubok Antu, Sarawak bagi memberi manfaat kepada 145 pelajar.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.