Islamic Relief Malaysia bersama EON Auto Mart Glenmarie berkolaborasi menjalankan program mySinggah Ramadan bersama media dengan mengedarkan bubur lambuk bersama risalah hebahan projek Rezeki Ramadan yang dijalankan Islamic Relief Malaysia sempena bulan puasa yang akan menjelang tidak lama lagi.

Selain bertujuan untuk menyebarluaskan info projek Rezeki Ramadan dalam membantu golongan rentan di dalam dan luar negara, program ini turut dilaksanakan untuk menzahirkan penghargaan atas kerjasama dan sokongan pihak media selama ini.

Memandangkan pandemik Covid-19 yang melanda kita lebih dua tahun ini banyak membataskan pergerakan dan aktiviti fizikal secara beramai-ramai, jadi dengan adanya sesi kunjungan ini diharapkan dapat mengeratkan kembali ukhwah dan jaringan kerjasama dengan pihak media.

Antara rakan media yang terlibat dalam sesi kunjungan ini ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), TV AlHijrah, Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro Awani.

“Medan yang perlu dibantu sangat banyak. Ianya seperti satu lautan yang luas, sedangkan usaha kita mungkin hanya sekadar segelas air sahaja. Disebabkan itu, gerak kerja bantuan perlu terus diperkukuhkan dengan mengambil semangat ‘fastabiqul khairat’ agar 821 juta orang di seluruh dunia yang sedang tidur dalam kelaparan ketika ini berjaya dibantu,” kata Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia,

Tambahnya, sokongan pihak media dalam membantu menyampaikan mesej-mesej kemanusiaan sangat besar. Tanpa bantuan daripada rakan media semua, matlamat Islamic Relief untuk mewujudkan dunia prihatin pastinya sukar untuk dilaksanakan sendirian.

“Kami EON Auto Mart Glenmarie anak syarikat DRB-HICOM berbesar hati dapat bekerjasama dengan Islamic Relief Malaysia dalam usaha menjayakan kerja-kerja amal dan kemanusiaan.

“Ini adalah salah satu medium untuk kami menyumbang kembali kepada masyarakat, dan berharap kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang,” kata Satheer Ahmad Kunjoo, Pengurus Jualan EON Auto Mart Glenmarie.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian di laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434 untuk maklumat lanjut.

Pek Makanan Ramadan

Tahun ini, Islamic Relief Malaysia menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2,320,000 bagi menyantuni 44,450 penerima manfaat di 32 buah negara termasuk Malaysia menerusi edaran 8,890 pek makanan menerusi projek Rezeki Ramadan dengan tema #gandakanpahala.

Setiap pek makanan Rezeki Ramadan yang diedarkan dilengkapi dengan bekalan makanan asas atau makanan ruji penerima manfaat mengikut negara masing-masing seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, uncang teh, kurma dan lain-lain.

Untuk Pertanyaan Media
Sebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:

Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief Malaysia
E-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.my
Telefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434

Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.

© Copyright 2026 Islamic Relief Malaysia. All rights reserved | Company Reg No: 200401018851 (657354-W)

JOM MENYUMBANG