Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) hari ini melancarkan kempen MyYateem yang membawa slogan #CareForOrphan dengan sasaran dana sebanyak RM1 juta untuk membantu anak-anak yatim di lebih 25 buah negara termasuk Palestin, Syria, Yaman, serta negara-negara Afrika seperti Somalia dan Sudan.
Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Mohd Shukor Tahir berkata, melalui kempen tersebut, pihaknya ingin mengajak orang ramai untuk memuliakan anak yatim dengan mengambil tahu serta prihatin akan keadaan dan keperluan semasa anak-anak yatim ini.
“Kebanyakan anak yatim yang Islamic Relief bantu adalah kanak-kanak yang telah kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat peperangan, bencana alam, kemiskinan, masalah kesihatan dan sebagainya. “Sebagai sebuah NGO yang membantu golongan memerlukan melalui pelbagai sektor bantuan, Islamic Relief akan memastikan setiap golongan sasar termasuk anak yatim ini mendapat bantuan sewajarnya,” katanya.
“Kebanyakan anak yatim yang Islamic Relief bantu adalah kanak-kanak yang telah kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat peperangan, bencana alam, kemiskinan, masalah kesihatan dan sebagainya.
“Sebagai sebuah NGO yang membantu golongan memerlukan melalui pelbagai sektor bantuan, Islamic Relief akan memastikan setiap golongan sasar termasuk anak yatim ini mendapat bantuan sewajarnya,” katanya.
Tambah Mohd Shukor, pihaknya membawa kelainan pada kempen yang dijalankan setiap tahun itu dengan memperkenalkan dua pakej utama iaitu Kasih MyYatem/MyYateem Care dan Tajaan MyYateem/MyYateem Sponsorship.
“Menerusi Kasih MyYateem, dana yang terkumpul dengan sumbangan serendah RM10, akan disalurkan untuk membantu anak-anak yatim ini melalui bantuan pendidikan tinggi, kesihatan, makanan asas, serta bantuan saraan keluarga. “Untuk Tajaan MyYateem pula, orang ramai yang berminat boleh menaja seorang anak yatim sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun dengan komitmen sebanyak RM350 setiap bulan. Sumbangan bulanan ni akan digunakan untuk menampung perbelanjaan harian seperti makanan, pendidikan, perubatan dan perlindungan,” jelas Mohd Shukor.
“Menerusi Kasih MyYateem, dana yang terkumpul dengan sumbangan serendah RM10, akan disalurkan untuk membantu anak-anak yatim ini melalui bantuan pendidikan tinggi, kesihatan, makanan asas, serta bantuan saraan keluarga.
“Untuk Tajaan MyYateem pula, orang ramai yang berminat boleh menaja seorang anak yatim sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun dengan komitmen sebanyak RM350 setiap bulan. Sumbangan bulanan ni akan digunakan untuk menampung perbelanjaan harian seperti makanan, pendidikan, perubatan dan perlindungan,” jelas Mohd Shukor.
Kempen MyYateem #CareForOrphan ini dilihat sebagai salah satu ruang dan peluang untuk membantu anak yatim di saat mereka sangat memerlukan sokongan.
“Islamic Relief bukan sahaja memberi bantuan bersifat jangka masa pendek, bahkan bantuan juga meliputi tempoh masa yang panjang supaya suatu hari nanti, anak-anak ini mampu bangkit dalam kehidupan mereka dan menjadi seseorang yang berjaya dan membantu pula masyarakat mereka,” tambahnya lagi.
Dengan sumbangan orang ramai, setakat ini, Islamic Relief telah menaja lebih 85,000 orang anak yatim dan membantu lebih 200,000 anak yatim di 26 buah negara melalui pelbagai projek bantuan.
Mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut atau menyertai kempen MyYateem #CareForOrphan, boleh layari laman sesawang www.islamic-relief.org.my atau hubungi 03-8926 3434.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.