Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Malaysia sekali lagi menjadi destinasi pilihan Program Inspire apabila 21 peserta dari Kanada berhimpun bagi menyelami pengalaman kemanusiaan secara langsung menerusi edisi tahun ini.
Program Sukarelawan Antarabangsa anjuran Islamic Relief Canada (IR Canada) dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) itu berlangsung dari 30 Ogos hingga 8 September melibatkan peserta daripada pelbagai latar belakang.
Penganjuran kali keenam di Malaysia sejak diperkenalkan pada 2018 membuktikan keberkesanan program ini sebagai platform pembelajaran praktikal dan perkongsian budaya merentas sempadan di samping mencerminkan kesungguhan peserta dalam menyantuni komuniti setempat serta memperkasa peserta dengan pengalaman bermakna.
Sepanjang berada di Malaysia, para sukarelawan telah menyantuni 60 orang pelajar yang terdiri daripada 30 pelajar Refugee Intellectual Skills and Excellence (RISE) dan 30 pelajar Al-Noor Enrichment School melalui pelbagai aktiviti seperti pembelajaran interaktif, permainan, lawatan sambil belajar ke KidZania dan membeli-belah barangan keperluan pelajar.
Selain itu, sukarelawan turut dibawa menziarahi rumah keluarga pelajar untuk menyelami kisah kehidupan mereka di samping memberi sumbangan pek makanan untuk setiap keluarga.
Menurut Siti Noradilah Zainal, Ketua Penyelaras Inspire IR Malaysia yang juga Pegawai Kanan Bahagian Program IR Malaysia, Inspire Malaysia tahun ini membawa kelainan dengan memperkenalkan kelompok masyarakat Orang Asli kepada para peserta.
“Tahun ini, peserta-peserta bukan sahaja diberi peluang untuk mendekati dan menyantuni anak-anak pelarian di negara ini, tetapi mereka juga diperkenalkan dan didedahkan dengan komuniti rentan lain yang ada di Malaysia. “Mereka dibawa ke Mah Meri Cultural Village, Pulau Carey untuk mengenali dan memahami adat serta budaya Masyarakat Orang Asli. “Di sini, peserta juga melakukan aktiviti pembungkusan dan agihan 100 pek makanan kepada komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Kampung Orang Asli Kepau Laut, Kampung Orang Asli Sungai Judah, Kampung Orang Asli Sungai Rambai dan Kampung Melayu Pulau Carey. “Walaupun jadual mereka padat, para sukarelawan tetap memberikan komitmen seratus peratus terhadap segala aktiviti. “Mereka datang ke sini dengan semangat untuk membantu dan dedikasi yang tinggi, terutama ketika meluangkan masa bersama kanak-kanak. Jelas terlihat keikhlasan itu melalui tingkah laku dalam setiap aktiviti yang dijalankan,” katanya.
“Tahun ini, peserta-peserta bukan sahaja diberi peluang untuk mendekati dan menyantuni anak-anak pelarian di negara ini, tetapi mereka juga diperkenalkan dan didedahkan dengan komuniti rentan lain yang ada di Malaysia.
“Mereka dibawa ke Mah Meri Cultural Village, Pulau Carey untuk mengenali dan memahami adat serta budaya Masyarakat Orang Asli.
“Di sini, peserta juga melakukan aktiviti pembungkusan dan agihan 100 pek makanan kepada komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Kampung Orang Asli Kepau Laut, Kampung Orang Asli Sungai Judah, Kampung Orang Asli Sungai Rambai dan Kampung Melayu Pulau Carey.
“Walaupun jadual mereka padat, para sukarelawan tetap memberikan komitmen seratus peratus terhadap segala aktiviti.
“Mereka datang ke sini dengan semangat untuk membantu dan dedikasi yang tinggi, terutama ketika meluangkan masa bersama kanak-kanak. Jelas terlihat keikhlasan itu melalui tingkah laku dalam setiap aktiviti yang dijalankan,” katanya.
Sementara itu, Dr. Tarek Faid, Pengurus Sukarelawan Antarabangsa, Program Khas IR Canada berkata, “Saya amat bersyukur dengan usaha dan kerjasama Islamic Relief Malaysia bersama pasukan dan sukarelawan sekolah RISE serta Al-Noor Enrichment School. Kanak-kanak di sini benar-benar istimewa dan kami berusaha menggembirakan mereka. Insya-Allah, saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.”
Seorang peserta sukarelawan dari Calgary, Kanada, Seerat, pula menyifatkan pengalaman di Malaysia sebagai luar biasa.
“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana diberi peluang menyertai Program Inspire di Malaysia. Saya dapat merasai sendiri pengalaman menyantuni komuniti pelarian, khususnya anak-anak yatim. Melihat ketabahan mereka walaupun berdepan pelbagai cabaran, benar-benar membuka mata saya terhadap realiti kehidupan mereka. “Lebih mengharukan, kanak-kanak ini tetap ceria, bermain dan ketawa seperti kanak-kanak lain. Pengalaman ini menjadikan saya lebih menghargai nikmat Allah serta meneguhkan semangat untuk terus berbakti dalam kerja-kerja kemanusiaan pada masa hadapan,” kongsinya.
“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana diberi peluang menyertai Program Inspire di Malaysia. Saya dapat merasai sendiri pengalaman menyantuni komuniti pelarian, khususnya anak-anak yatim. Melihat ketabahan mereka walaupun berdepan pelbagai cabaran, benar-benar membuka mata saya terhadap realiti kehidupan mereka.
“Lebih mengharukan, kanak-kanak ini tetap ceria, bermain dan ketawa seperti kanak-kanak lain. Pengalaman ini menjadikan saya lebih menghargai nikmat Allah serta meneguhkan semangat untuk terus berbakti dalam kerja-kerja kemanusiaan pada masa hadapan,” kongsinya.
Dengan visi untuk membina sebuah komuniti global yang diperkasa untuk menjadi ejen perubahan yang membawa kesan berkekalan, Inspire terus menjadi platform penting dalam menyemai semangat kesukarelawanan dan pembangunan mampan sejagat.
Tahun ini, selain Malaysia, Inspire turut dianjurkan di Bosnia dan Herzegovina, Turkiye, Kosova, Albania, Makkah dan Madinah, Indonesia, Afrika Selatan serta Maghribi.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.