• +60389263434
  • info@islamic-relief.org.my
DONATE
NOW

Dana Wakaf Air Somalia (Special Appeal)

Lebih daripada 1.5 juta rakyat Somalia terpaksa  melarikan diri dari tempat asal  mereka dan menjadi pelarian di negara sendiri. Di Mogadishu sahaja, sebanyak 600,000 pelarian mangsa kebuluran ditempatkan di lebih 500 kem pelarian. Krisis kemarau yang berpanjangan telah meningkatkan risiko kebuluran dikalangan mereka. Sejak 2011, lebih daripada setengah juta penduduk Somalia mati akibat kelaparan.

Islamic Relief Malaysia (IRM) mengambil inisiatif bagi membantu mereka dengan memperkenalkan Projek Dana Wakaf Air Somalia.

IRM menyasarkan kutipan dana sebanyak RM1.5 juta bagi membina 2 buah telaga air yang bakal memberi manfaat kepada lebih 10,000 rakyat Somalia di wilayah Shabelle, Somalia.

 

Projek ini akan dilaksanakan oleh IR Somalia yang telah bertapak pada tahun 2006 di Somalia. Sejak krisis kemarau 2011, IR Somalia telah menggali lebih daripada 30 telaga air di Somaliland, Puntland dan bahagian Selatan Somalia.