DERMA
SEKARANG

Choose Language

HOME
DERMA
SEKARANG

Autodebit

SOALAN-SOALAN LAZIM (SOALAN AM) BERKENAAN AUTO DEBIT

 

S1: Apakah auto debit?

J: Auto debit adalah satu kaedah pembayaran yang membolehkan menderma secara elektronik melalui akaun Maybank anda. Anda yang akan memberi keizinan bagi debit auto ini berlaku.

 

S2: Bagaimana auto debit ini berlaku?

J: Setiap bulan jumlah sumbangan anda akan ditolak dari akaun Maybank anda, ia seolah-olah seperti anda menulis cek.

 

S3: Mengapa Islamic Relief Malaysia menyediakan auto debit?

J: Islamic Relief Malaysia menyediakan perkhidmatan ini kepada penderma kerana ia adalah selamat, cepat dan mudah. Tidak perlu lagi terlepas menderma, tidak perlu untuk menulis cek, atau membayar kos pos untuk hantar cek. Risiko menagguh derma dikurangkan kerana derma anda akan dibuat secara automatik pada tarikh yang ditetapkan. Selain itu, derma tersebut sksn dipaparkan dengan jelas pada penyata bank anda, menjadikannya lebih mudah untuk menyemak status kewangan anda.

 

S4: Bagaimana saya boleh mendaftar untuk auto debit?

J: Setiap penderma perlu melengkapkan “Borang Kebenaran Auto Debit” yang anda boleh muat turun di sini . Sila hantar borang ini bersama satu salinan Kad Pengenalan anda kepada:

Islamic Relief Malaysia,
A-05-1, Paragon Point,
Jalan Medan PB5, Seksyen 9,
Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia

Atau faks ke +603-8925 3434 atau e-mel kepada donation@islamic-relief.org.my

 

CARA MUAT TURUN “KEBENARAN BORANG AUTO DEBIT”?

Klik untuk besarkan gambar

S5: Bilakah auto debit ini bermula selepas saya mendaftar?

J: Jika pendaftaran anda diterima pada 1hb untuk sesuatu bulan, maka derma anda akan ditolak secara auto dari akaun bank anda PADA-28hb pada bulan tersebut. Pendaftaran diterima selepas tarikh 1hb bulan, maka auto debit akan berlaku pada bulan berikutnya.

 

S6: Jika saya terdapat tunggakan pada bayaran saya, berapa banyak yang auto debit ini ambil daripada akaun bank saya?

J: Apabila auto debit dimulakan, sebarang derma andaakan diambil dari baki akaun. Jika anda ada tunggakan, sila hubungi Islamic Relief Malaysia untuk berbincang lanjut mengenai perkara ini.

 

S7: Apakah jenis pengecualian cukai yang dibenarkan?

J: Semua sumbangan layak mendapat pengecualian cukai di bawah fasal “Pengecualian Cukai Di Bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967”, kecuali Zakat, Fidyah, Wakaf dan Qurban.

 

S8: Apakah bukti yang perlu dikemukakan bersama “Borang Kebenaran Auto Debit”?

J: Borang Kebenaran Auto Debit ini hendaklah dikemukakan bersama dengan salinan Kad Pengenalan.

PROSES ALIRAN UNTUK POTONGAN BULANAN AUTO DEBIT
MAYBANK

autodebitprocessFlow-01