• +60389263434
  • info@islamic-relief.org.my
DERMA
SEKARANG

Al Yateem

Tajaan Al-Yateem (Komitmen minimum 2 tahun / 24 bulan)

 

… adalah satu program yang membolehkan anda untuk menaja kanak-kanak untuk memberikan mereka masa depan yang cerah. Berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia mengharapkan bantuan ini.

Al-Yateem adalah salah satu strategi asas untuk membasmi kemiskinan di kalangan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sejak tahun 1986, Islamic Relief telah melaksanakan program untuk menaja anak-anak yatim dan 55,349 anak-anak yatim telah ditaja. Kos bulanan untuk menaja anak-anak yatim berbeza mengikut negara. Jumlah kos bergantung kepada taraf hidup anak-anak yatim tersebut di negara mereka tinggal.

Berikut adalah senarai kos bulanan bagi setiap anak yatim di negara-negara yang dipilih.

 

Kumpulan A
RM160/bulan (RM 1,920.00) – Komitmen minimum 2 tahun / 24 bulan
Afghanistan, Bangladesh, Chechnya, Ethiopia, India, Kenya, Mali, Nigeria, Somalia, South Africa, Sri Lanka, Sudan, Yemen


Kumpulan B
RM190/bulan (RM 2,280.00) – komitme minimum 2 tahun / 24 bulan
Bosnia, Indonesia, Iraq, Pakistan


Kumpulan C
RM230/bulan (RM 2,760.00) – Komitmen minimum 2 tahun / 24 bulan
Bosnia, Lebanon, Jordan, Palestine West Bank, Palestine Gaza

Komitmen anda selama 2 tahun (24 bulan) akan membantu lebih ramai anak yatim untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik

Kanak-kanak ditaja akan menerima sokongan menyeluruh, seperti:

 

Pendidikan
Islamic Relief akan menyediakan anak-anak yatim dengan peralatan sekolah mereka.

Kesihatan
Anak-anak yatim akan mendapat manfaat daripada pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat mengenai kebersihan dan kesihatan. (termasuk vaksin)

Tanggungjawab Sosial
Anak-anak yatim akan menerima keperluan asas seperti pakaian semasa Perayaan Hari Raya. Keadaan rumah mereka juga dinilai dan penambahbaikan akan dibuat jika perlu.

Kebudayaan, Sukan & Rekreasi
Islamic Relief menganjurkan kem musim panas untuk anak-anak yatim, latihan vokasional dan kemahiran praktikal seperti IT dan bahasa pelajaran.

Hanya dengan RM160-RM230 sebulan, sumbangan anda kepada kanak-kanak meliputi makanan, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sokongan emosi yang mereka perlukan. Anda akan menerima maklumat mengenai kanak-kanak tajaan anda serta gambar dan laporan tahunan mereka. Anda juga boleh hubungi anak yatim yang ditaja dengan bertukar surat melalui Islamic Relief.