Layari laman ini dan buat sumbangan sekarang !
Seramai 50 orang penerima manfaat dari kalangan orang kurang upaya (OKU) pendengaran diraikan dalam suasana penuh muhibbah menerusi program Leave No One Behind yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama Malaysia Federation of The Deaf (MFD), sukarelawan dan kakitangan Bahasa isyarat IRM serta Sahabat FAQEH USIM.
Antara aktiviti yang telah dijalankan selama program dua hari tersebut adalah membeli belah pakaian raya untuk anak-anak OKU, solat Dhuha, rakaman takbir dan lagu raya, serta aktiviti psikososial bersama Omar & Hana dan Sahabat FAQEH.
Bertempat di MFD, kesemua penerima manfaat turut menerima sumbangan pek makanan Box of Kindness yang disampaikan oleh Penerbit Omar & Hana, Fadilah A. Rahman.
Menurut Fadilah, projek Box of Kindness merupakan kolaborasi pertama antara syarikat produksi itu bersama IRM dalam usaha untuk menggerakkan kempen kemanusiaan dalam kalangan kanak-kanak.
“Ini merupakan sumbangan pertama Omar & Hana kepada IRM dan syukur, projek ini berjalan lancar serta mencapai sasaran 50 pek makanan untuk agihan di Malaysia.
“Harapan Omar & Hana agar kerjasama ini tidak terhenti di sini dan akan berterusan untuk misi-misi akan datang dan semoga Omar & Hana dapat menyebarkan kebaikan bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia,” tambah Fadilah.
Sementara itu, IRM yang diwakili oleh Pengarah Bahagian Komunikasi dan Kempen, Siti Fadilah Mohd Hood dalam ucapannya berkata, “Bantuan ini diharapkan dapat menceriakan setiap keluarga yang terpilih sehingga tibanya bulan Syawal nanti. Semoga kerjasama ini berpanjangan.”
Awal ramadan lalu, IRM dan Omar & Hana telah melancarkan kempen Ramadan: A Box of Kindness by Omar & Hana bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek agihan pek makanan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Sehingga kini, jumlah kutipan yang diterima amat memberangsangkan.
Untuk Pertanyaan MediaSebarang pertanyaan media atau permintaan maklumat lanjut berkaitan siaran ini, sila hubungi:
Unit Komunikasi Strategik Islamic Relief MalaysiaE-mel: Malaysia.Media@islamic-relief.org.myTelefon: +6019-220 1788 atau +603-8926 3434
Islamic Relief Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan mana-mana laman web pihak luar dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau pautan pada laman web yang bukan milik atau dikendalikan oleh Islamic Relief Malaysia. Islamic Relief Malaysia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan kutipan sumbangan. Setiap sumbangan dalam talian melalui Perbankan Internet akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM0.55, tertakluk kepada terma dan caj yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran. Sumbangan yang dibuat melalui saluran ini tidak layak menerima resit Pengecualian Cukai, melainkan dinyatakan sebaliknya. Kami menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan anda terhadap Islamic Relief Malaysia.