Sumbangan Dana Dari WorldWellness Network

 

PJCC, Petaling Jaya, 31 Mac, 2012 – IRM telah menerima sumbangan dana daripada WorldWellness Network baru-baru ini sempena pelancaran Menara WorldWellness sebanyak lapan tingkat di Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan. Dana sebanyak RM10,000 telah diserahkan oleh pengasas produk kesihatan jenama WorldWellness Network sendiri, Prof. Dato’ Dr. Noordin Darus kepada Pengarah Negara IRM, Hj Zairulshahfuddin Zainal Abidin.

IRM turut diwakili oleh Pengurus Bahagian Perkhidmatan, Sis Sharlina Adnan; Ketua Media, Komunikasi dan Kempen, Sis Azlin Mohd Hamin dan Pegawai Pengumpulan Dana dan Pengurusan Penderma, Sis Noor Hayati Abd Latif. Kami di IRM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak WorldWellness Network di atas sumbangan yang sangat bermakna itu.

FB-Album[332752270114759]

Leave a Reply

Together, we can make the world a better place to live.

Donate Now